Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Jisoo, Jennie, Rosé & Lisa Tidak Perbaharui Kontrak Dengan YG, Tapi Masih Kekal Jalani Aktiviti Sebagai BLACKPINK

Izwan Isa
29/12/2023 05:25 MYT
YG Entertainment mengesahkan anggota BLACKPINK iaitu Jisoo, Jennie, Rosé dan Lisa tidak akan menjalani promosi individu di bawah agensi berkenaan.

Namun, menerusi kenyataan media yang diterbitkan YG Entertainment, keempat-empat wanita berbakat besar itu memperbaharui kontrak sebagai anggota BLACKPINK dan masih akan menjalani promosi sebagai satu kumpulan.

BERITA TRENDING: BLACKPINK Jadi Tetamu Kehormat Istana Buckingham

"Beberapa masa lalu, YG Entertainment memperbaharui kontrak BLACKPINK untuk promosi pasukan sebagai satu kumpulan. Kami kini telah mencapai persetujuan untuk tidak menandatangani kontrak untuk promosi individu ahli.

“YG Entertainment berjanji untuk menyokong aktiviti kumpulan BLACKPINK dengan semua sumber yang ada, sambil turut menceriakan aktiviti individu ahli dengan hati yang hangat.
Terima kasih,” ujar kenyataan itu.

BERITA TRENDING: #GempakWrapped2023: Song Kang Tayang Punggung, Kontroversi Blackpink, Ciuman Hangat…

Sebelum ini, Jennie mengumumkan permulaan baharunya di labelnya sendiri, OA (ODDATELIER), manakala ahli BLACKPINK lain masih belum mendedahkan rancangan yang lebih khusus untuk aktiviti individu mereka pada 2024.

Orang dalam industri percaya bahawa Lisa sedang membincangkan kontrak dengan label luar negara. Manakala Jisoo pula sedang mencari peluang untuk mengembangkan kerjaya lakonan.

Sumber: Allkpop

#Blackpink #Jennie #Lisa #Jisoo #Rosé
;