Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum 2023 melabuhkan tirai dan tahun ini industri hiburan Korea Selatan juga mencatatkan pelbagai memori sepanjang tahun.

Dari mencipta populariti dan mengukuhkan nama di persada antarabangsa sehinggalah kontroversi yang melibatkan diri mereka sehingg mendapat perhatian dunia.

Sebelum masuk tahun baharu 2024, jom refresh momen sepanjang 2023:

1. BLACKPINK IN YOUR AREA

#Jennie
Terdapat beberapa kontroversi yang melibatkan Jennie tahun ini antaranya tuduhan yang mengatakan penyanyi itu malas dan tidak profesional kerana dilihat gagal mempersembahkan koreografi dengan baik dan bertenaga.

Malah baru-baru ini juga, Jennie menjadi bualan hangat netizen Malaysia di Platform X selepas dia dikatakan tidak mempunyai bakat nyanyian.


BERITA TRENDING: “Tak Sedap Jangan Dengarlah” - Tuduh Jennie Blackpink Tak Boleh Menyanyi, Individu Ini Dikecam


Selain itu, berita mengenai terlerainya ikatan cinta Jennie bersama anggota kumpulan BTS iaitu V juga menjadi tumpuan dunia.

BERITA TRENDING: Cinta V BTS, Jennie Blackpink Terlerai


#Lisa
Nama Lisa juga tidak kurang hangatnya apabila dia dikatakan menjalin hubungan cinta dengan Ketua Pegawai Eksekutif Tag Heuer, Frederic Arnault.

Selain itu, tindakan Lisa muncul di sebuah kelab satira dan terkenal dengan tarian erotik, Crazy Horse di Paris juga telah menimbulkan pelbagai persepsi.


BERITA TRENDING: Akaun Media Sosial China Lisa Blackpink Tidak Boleh Diakses, Diboikotkah?


Tindakan Lisa membuat persembahan di kelab tersebut disifatkan tidak bermoral sehingga peminat-peminatnya di Asia terutama Korea Selatan dan China mahu memboikot wanita itu.


2. SONG KANG TAYANG PUNGGUNG


Pelakon Korea, Song Kang mengejutkan peminatnya apabila mengamui babak yang menampakkan bahagian punggung dalam drama Sweet Home 2 itu dilakonkan oleh dirinya sendiri.

Bahkan kata Song Kang babak itu dirakamkan dengan hanya satu take sahaja.


3. BABAK CIUMAN BIBI & JI CHANG WOOK

Satu lagi topik yang menjadi bualan netizen adalah berkenaan dengan babak ciuman antara Ji Chang Wook dan Bibi dalam drama bersiri Worst of Evil.

Bagaimanapun babak tersebut menerima kecaman hebat daripada netizen disebabkan terdapat banyak aksi menggigit bibir dalam adegan ciuman hampir tiga minit itu.


4. MOONBIN MENINGGAL DUNIA

Industri hiburan Korea dikejutkan dengan berita kematian anggota kumpulan K-Pop popular iaitu ASTRO, Moonbin.

Menurut laporan Yonhap, polis menjangkakan bahawa Moonbin meninggal dunia kerana bunuh diri.

BERITA TRENDING: Pengurus Temui Moonbin Meninggal Dunia Di Rumah



5. YOO AH IN DADAH

Aktor Korea Selatan, Yoo Ah In mengejutkan peminatnya apabila ditahan pihak berkuasa atas dakwaan kesalahan menggunakan dadah.

BERITA TRENDING: Diperiksa Kerana Guna Propofol, Ganja Ditemui Dalam Urine Aktor Yoo Ah In


Berita itu terbongkar selepas pada 6 Februari, media tempatan melaporkan seorang aktor terkenal dipanggil untuk menjalani siasatan kerana didakwa melanggar akta dadah.


6. VIDEO PORNO PEMAIN BOLA SEPAK

Dunia sukan Korea Selatan sedang kecoh dengan pemberitaan penyerang pasukan bola sepak negara, Hwang Ui Jo yang memiliki video porno bersama bekas teman wanitanya.

BERITA TRENDING: Video Porno Pemain Bola Sepak Negara Korea Selatan Tersebar


Video porno yang tersebar didakwa dirakamkan secara curi-curi dan langsung tidak diketahui oleh bekas teman wanitanya. Rakaman aksi tak senonoh itu dirakamkan sendiri Ui Jo menerusi telefon bimbit miliknya.


7. G-DRAGON PENYALAHGUNAAN DADAH

Nama penyanyi Korea Selatan, G-Dragon mendadak jadi perbincangan dalam kalangan netizen apabila dikaitkan dengan jenayah penyalahgunaan dadah.

Menerusi laporan media Korea Selatan, G-Dragon dikatakan disiasat tanpa sebarang penahanan atas pertuduhan penyalahgunaan dadah oleh pihak Polis Incheon.

BERITA TRENDING: G-Dragon Disiasat Isu Penyalahgunaan Dadah, YG Entertainment Tetap Beri Kenyataan


Sudah menafikan khabar angin dirinya menggunakan dadah, G-Dragon kemudian hadir ke Balai Polis Incheon untuk memenuhi panggilan pihak berkuasa daripada jabatan narkotik.

BERITA TRENDING: G-Dragon Beri Keterangan Kepada Polis Kes Dadah, Air Kencing & Rambut Diuji



8. BAJU JYP AIB

JYP atau Park Jin Young menjadi topik hangat netizen di Korea selepas muncul membuat persembahan dengan memakai baju kameja hitam yang jarang pada acara variati, KBS Golden Girls tahun ini.

Rata-ratanya menyatakan penampilan JYP itu tidak bersesuaian dengan umurnya yang sudah mencecah 52 tahun.