Laman Utama

BLACKPINK Jadi Tetamu Kehormat Istana Buckingham

gempak
Izwan Isa
22/11/2023
01:49 MYT
Sponsor Banner
BLACKPINK Jadi Tetamu Kehormat Istana Buckingham
BLACKPINK in your area! Lawatan negara Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol ke London telah mencetuskan salah satu pertembungan budaya pop antarabangsa terpenting dalam sejarah - kumpulan K-Pop BLACKPINK diundang ke Istana Buckingham.
Mempunyai magnitud besar dalam industri hiburan global, kali terakhir penyanyi berkumpulan wanita seperti BLACKPINK yang turut memiliki pengaruh sedemikian adalah sewaktu kumpulan Spice Girls berada di kemuncak karier pada 1997, sekitar 26 tahun lalu.

BERITA TRENDING: Netizen Tertanya-Tanya, Macam Mana Rosé Boleh Ada Dalam Satu Bilik Dengan Wan Azizah? Siap Ada Tim Cook...

Sumbangan BLACKPINK kepada budaya Korea tidak hilang di mata Raja Charles III, yang menyebut nama kumpulan fenomena itu dalam ucapannya.
Charles yang bersetuju terhadap sumbangan Korea kepada budaya British, termasuk Squid Games, BTS, dan filem-filem Bong Joon Ho, baginda juga memuji BLACKPINK kerana sikap mereka terhadap alam sekitar.
“Saya memuji Jennie, Jisoo, Lisa dan Rosé, yang lebih dikenali secara kolektif sebagai BLACKPINK, atas peranan mereka dalam membawa mesej kelestarian alam sekitar kepada khalayak global sebagai Duta untuk Presidensi COP 26 U.K., dan kemudiannya sebagai ‘advokat’ untuk Matlamat Pembangunan Mampan U.N,” katanya.
Anggota BLACKPINK hadir ke majlis berkenaan dengan gaya tersendiri.
Jisoo mengenakan gaun hitam lengan mengembang bertekstur dari koleksi resort 2024 Christian Dior, sambil menjinjit tas tangan monogram Dior berona serupa.
Rosé, yang dilihat berbual dengan Raja Charles selepas makan malam, memakai gaun baldu tanpa tali hitam dengan garis leher potongan manis, yang dipadankan dengan riben pada rambutnya. Rosé melengkapkan penampilan klasiknya itu dengan sepatu runcing.

BERITA TRENDING: Jennie Beli Apartment Bayar Cash, Tak Buat Loan Bank

Berbeza dengan teman-teman lain, Jennie tampil dalam balutan dress pengantin yang manis. Gaun berlengan panjang itu ringkas, tetapi cukup elegan berkat potongan off-shoulder dan sepatu hitam.
Lisa, satu-satunya yang berani keluar daripada warna neutral, memilih gaun warna aquamarine rekaan Georges Hobeika dan menyarungkan sepasang platform emas metalik dan rantai berlian.
Sumber: Vogue
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live