Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi penyanyi sulung dari Malaysia yang merangkul trofi Artis Terbaik Asia Tenggara untuk Anugerah Muzik Eropah MTV 2018 yang berlangsung Bizkaia Arena, Barakaldo, Basque Country, Sepanyol.

Pelantun lagu Sampai Jadi ini berkongsi khabar gembira terbabit menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.

Hari Ini Dalam Sejarah. Untukmu, Malaysia! ?? Terima Kasih Semua. Mad love to @mtvasia for supporting my career since day 1and big ups to @mtvema for this recognition. BEST SOUTH EAST ASIA ACT. Shoutout to my family at @officialkartel. David....@yanizmerican, we did it! #MTVEMA

A post shared by Joe Flizzow (@flizzow) on


Dalam kategori berkenaan, Joe menewaskan Afgan dari Indonesia, IV of Spades (Filipina), Min Hang (Vietnam), Slot Machine (Thailand), The Sam Willows (Singapura) dan Twopee Southside (Thailand).

Dalam perkembangan lain, lagu terbaru nyanyian Joe bersama Altimet, SonaOne dan Alif, Sang Saka Biru dijadikan lagu runut bunyi untuk filem Polis Evo 2.


Filem lakonan Shaheizy Sam, Zizan Razak, Raline Shah, Erra Fazira, Hasnul Rahmat dan ramai lagi itu akan menemui pawagam pada 22 November ini.