Filem aksi terhebat karya pengarah, Syafiq Yusof Sheriff kini sudah meraih kutipan RM52 juta!

Kutipan itu sekaligus membuktikan filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw ini terus mendominasi pawagam-pawagam seluruh negara.


RM52 Juta 18 Hari Tayangan

Berita gembira itu dimaklumkan menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram Astro Shaw pada Isnin.

“18 hari tayangan RM52 juta! Alhamdulillah. Kutipan terkini filem Shariff dah capai RM52 juta! Terima kasih semua rakyat Malaysia atas sokongan korang yang padu!

“Siapa yang dah kena #DemamSheriff tu, kita ajak geng-geng bawak family serbu panggung ramai-ramai tengok filem SHERIFF! Kita kasi SHERIFF pecah panggung!” maklum kenyataan itu.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

BERITA TRENDING: Sheriff: “Selepas Lebih 10 Filem, Dapat Juga Merasa Trending” - Shafiq Yusof

Dalam pada itu, boleh dikatakan semua penonton yang menonton filem lakonan, Zul Ariffin, Syafiq Kyle dan Datuk Aaron Aziz amat berpuas hati.

Malah ada yang sanggup berulang kali pergi ke panggung semata-mata untuk menyaksikan filem hebat ini.

Bukan itu sahaja, penonton juga memuji garapan luar biasa filem Sheriff yang turut dianggap sudah mencapai ke tahap antarabangsa.

Tidak kurang juga ada yang meramalkan kutipan Sheriff mampu melintasi Polis Evo 3 yang merupakan filem arahan abang kepada Syafiq iaitu Syamsul Yusof.

Ternyata #DemamSheriff telah mencetuskan fenomena baru dalam industri perfileman tempatan.

BERITA TRENDING: SHERIFF: Raih RM35.3 Juta, Filem Arahan Syafiq Yusof Ini Kini Filem No. 1 Dengan Kutipan Tertinggi Tahun 2024

Sinopsis:

Sheriff menampilkan watak Nazri (Syafiq Kyle) iaitu seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa.

Nazri berasa terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas dari cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman.

Dalam masa yang sama, Sheriff (Zul Ariffin), seorang anggota daripada jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes 'Meth Killer' dan dia ditugaskan bersama.