Laman Utama

Joe Flizzow Pesan Jangan Pakai Sneakers Dengan Baju Melayu, Ada Setuju, Ada Yang Bangkang

gempak
Izwan Isa
05/05/2022
05:50 MYT
Sponsor Banner
Joe Flizzow Pesan Jangan Pakai Sneakers Dengan Baju Melayu, Ada Setuju, Ada Yang Bangkang
Baru-baru ini, penyanyi rap popular, Joe Flizzow berpesan kepada lelaki yang berumur 21 tahun ke atas supaya tidak menggayakan baju Melayu dengan menyarungkan sneakers pada Hari Raya Aidilfitri.
Hal itu dikongsikan sendiri oleh Joe di sebuah akaun Instagram sambil berbicara mengenai etika pemakaian dan bagaimana untuk tampil kemas pada pagi lebaran.
Pemilik nama lengkap, Johan Ishak itu berkata, menyarungkan sneakers bersama persalinan baju Melayu dilihat tidak sesuai.
Menurut Joe, gabungan fesyen tersebut lebih sesuai untuk kanak-kanak.
“Selamat ari raya semua. Ini adalah pesanan untuk semua yang berumur 21 tahun ke atas. Kalau anda memakai full set baju melayu iaitu songkok, baju kancing, sampin.. tolong jangan pakai dengan sneakers.
“Tolonglah jangan pakai dengan Jordan, Yeezy atau apa-apa. Please, please. Itu untuk budak-budak kecik, kalau dah tua tolong pakai kasut, sepatu atau capal yang elok. Kalau tidak gua jumpa, gua mesti rembat lu,” katanya.
Begitupun, tidak ramai yang bersetuju untuk nasihat yang diberikan oleh Joe. Meninjau platform Twitter, ada yang memberikan pendapat bahawa setiap individu berhak untuk mengenakan pakaian mengikut cita rasa masing-masing.
“Saya pakai apa yang saya nak.”
“Duit saya, stail saya. Awak tak bekerja untuk saya.”
Namun, ada juga yang bersetuju dengan apa yang dicadangkan oleh Joe menerusi video berkenaan.
“Sebab baju melayu kita bukan busana kasual. Lebih-lebih lagi full set.”
“Saya cadangkan loafers, capal atau sandal kulit.”
Sebelum ini, menerusi sebuah wawancara, Joe pernah mempertikaikan bagaimana ada segelintir individu yang mengambil mudah tentang cara berpakaian.
Katanya, apabila seseorang itu mengenakan pakaian formal, ia termasuklah dengan pemilihan jenis kasut yang mesti seragam dengan tema.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024