Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Johan Pertandingan Menangis Beramai-Ramai Ini Bawa Pulang RM143.50

Gempak
27/07/2024 00:55 MYT
Satu acara pertandingan menangis diadakan di Tegal, wilayah Jawa Tengah dengan pemenang membawa pulang hadiah berupa wang tunai 500,000 rupiah (RM143.50).

Ilham rungutan para ibu

Memetik laporan Detik News, menurut pihak penganjur, acara itu diadakan bagi mempromosikan taman tema air Purbawahana.

Pengurus lokasi pelancongan tersebut, Dwi Kurniawan berkata, acara itu diadakan paa 20 Julai lalu.

“Diilhamkan daripada rungutan para ibu tentang pelbagai masalah yang dihadapi, maka kami bersetuju untuk mengadakan pertandingan menangis.

“Ternyata, mereka bersemangat dengan ramai yang mendaftar. Namun, kami hadkan kepada 200 orang peserta,” katanya.

Sejurus wisel dibunyikan, semua peserta cuba menangis secara semula jadi bagi melayakkan mereka memenangi pertandingan itu.
BERITA TRENDING: Buka Gerai Makan Di Tengah Kubur, Netizen Seram: “Tengah Malam Mesti ‘Ramai’”

BERITA TRENDING: "Bila Mayat Seorang Muslim Dibakar, Maka Satu Kampung Tanggung Dosa" - Ustaz Abdul Somad

BERITA TRENDING: Lepas Tabur Abu Dali Wassink Di Pantai, Isteri Beri Sebab Majlis Tahlil Arwah Diadakan Di Rumah Anak Yatim

Peserta dinilai berdasarkan keadaan tangisan yang berlaku secara semula jadi sehinggakan air mata menitis.

Air mata juga tidak boleh disapu sehingga pertandingan tamat.

Sementara itu, menurut peserta, pertandingan tersebut boleh membantu mereka menyalurkan bebanan mental akibat masalah yang dihadapi.

Juara pertandingan itu, Winarni berkata, dia memikirkan perkara sedih yang dialami bagi membuatkan dia mampu menangis secara semula jadi.

BERITA TRENDING: Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

“Saya memikirkan tentang anak yang memilih untuk tinggal dengan neneknya dan enggan hidup dengan saya. Ia membuatkan saya sedih,” ujarnya. – AGENSI

Sumber: Kosmo
#Indonesia #Menangis #Pertandingan #beramai