Skip to main content

Hollywood

Johnny Depp Lebam Kena Lempang Dengan Bekas Isteri?

johnny-lebam-header.jpg
Mahkamah Tinggi Britain pada Khamis mendedahkan foto muka bintang Hollywood, Johnny Depp dalam keadaan lebam

Depp didakwa ditampar oleh bekas isterinya, Amber Heard.

BACA: Johnny Depp Nekad Bercerai Selepas Bekas Isteri Berak Atas Katil

Ketika prosiding perbicaraan, ketua pengawal peribadi Depp, Sean Bett mendakwa Heard sering melakukan serangan fizikal terhadap suaminya ketika perkahwinan mereka sedang goyah.

Foto yang dikemukakan itu difailkan bersama kenyataan bertulis Bett.

Difahamkan, Depp berdepan 14 pertuduhan yang dibuat oleh bekas isterinya itu berhubung keganasan rumah tangga antara tahun 2013 dan 2016.

Ia termasuk satu kejadian yang berlaku di sebuah pulau di Bahamas, rumah sewa  di Australia sertajet peribadi.

Bagaimanapun, pelakon filem Pirates Of Caribbean itu menafikan kesemua pertuduhan tersebut.

Depp bercerai dengan Heard pada tahun 2016.

Sumber: Awani

Must-Watch Video

Advertisement