,
Laman Utama

Jom Dapatkan Inspirasi & Belajar Tentang Perniagaan Dalam SYOK Podcast Baru...'Terkejutawan'!

Asraf Aided
11/06/2021
05:22 MYT
SYOK memperkenalkan siri SYOK Podcast baharu, Terkejutawan yang menampilkan Datuk Haji Aznil bin Haji Nawawi atau mesra dipanggil Pak Nil selaku hos.
Pak Nil akan menemubual dan mengupas kisah-kisah kejayaan anak-anak muda dari pelbagai latar belakang dan bidang yang diceburi seperti perniagaan produk kesihatan, perniagaan industri kecantikan, perniagaan secara maya dan banyak lagi.
Ya...Terkejutawan boleh distrim secara eksklusif di aplikasi SYOK sekarang!
Peniaga-peniaga muda yang akan ditemu bual ini juga merupakan personaliti tempatan dan individu yang tular di media sosial seperti pasangan ideal, Asyraf Khalid dan Tya Arifin, Aeril Zafrel, pelakon tempatan dan pengasas produk kosmetik, Dato' Azril, pengasas produk kecantikan, Dato' Zhafran, pengasas produk minuman kesihatan;, Dr Hannan Yusof, pengasas pusat spa kecantikan, Pn Kartika Eskayvie, dan Najib Assadok selaku usahawan maya.
Siri ‘Terkejutawan’ akan memberi pendengar inspirasi dan pelbagai pelajaran mengenai selok belok dunia perniagaan serta pengurusan kewangan yang dikongsi oleh peniaga-peniaga muda ini.
Setiap episod bakal menampilkan kelainan dari segi penceritaan, perkongsian dan kisah tauladan yang boleh dijadikan panduan oleh para peminat.
Episod pertama telah diterbitkan di aplikasi SYOK, dalam kategori ‘SYOKcast’ dan peminat boleh dengarkan episod-episod ‘Terkejutawan’ seterusnya setiap Jumaat, jam 10 pagi menerusi laman rasmi dan di aplikasi SYOK.
Para peminat SYOK Podcast boleh memuat turun aplikasi SYOK dan dengar siri audio Terkejutawan sekarang!
Berikut adalah sinopsis bagi setiap episod;
Episod 1: Asyraf Khalid & Tya Arifin
Pak Nil secara eksklusif menemu bual Asyraf Khalid dan Tya Arifin. Pengalaman banyak mengajar pasangan ini dalam selok belok perniagaan. Siapa sangka, biar berasal dari keluarga yang berada & popular. Pasangan ini berkongsi momen jutawan mereka yang bermula dari ZERO, liku-liku perjalanan dalam membina empayar perniagaan dan permasalahan yang dihadapi mereka, walaupun keduanya berasal dari keluarga yang berkemampuan.
Dengar di aplikasi SYOK sekarang.
Episod 2: Aeril Zafrel
Momen jutawan bagi Aeril Zafrel adalah satu fasa kehidupan yang penuh ‘struggle’ sebagai seorang selebriti. Bermula dari modal yang kecil, Aeril Zafrel dan pasangannya, Wawa Zainal nekad membina empayar. Siapa sangka dari hanya seorang tukang kebun, Aeril dan Wawa kini antara selebriti Malaysia yang berjaya dalam lapangan bisnes dengan impak yang luar biasa.
Dengar di aplikasi SYOK bermula 10 pagi, 11 Jun.
Episod 3: Dato' Azril
Peneraju V'Asia yang tidak pernah lalui fasa sukar dalam kehidupan. Perjalanan untuk menempuh momen jutawan bukan satu yang mudah. Ternyata berbekalkan strategi dan teknik yang betul, Dato Azril kini antara peneraju produk kecantikan lokal yang dipercayai serta mendapat sambutan luar biasa dari rakyat Malaysia. Apa rahsianya, segalanya hanya di ‘Terkejutawan’.
Dengar di aplikasi SYOK bermula 10 pagi, 18 Jun.
Episod 4: Dato' Zhafran
Suami kepada pelakon Fouziah Gous, Dato' Zhafran menceritakan tentang momen jutawannya yang bermula sejak belajar dalam bidang penerbangan lagi. Segala impian dan cita-cita yang dikecapi hari ini datangnya dari sokongan padu isteri tercinta. Siapa sangka, Dato' Zhafran berjaya memecah tradisi minum sarang burung bukan hanya di kalangan bangsa Cina sahaja. Perniagaan ‘FG Walet’ membawa satu fasa kehidupan yang berbeza buat pasangan ini.
Dengar di aplikasi SYOK bermula 10 pagi, 25 Jun.
Episod 5: Dr Hannan Yusof
Dr Hannan yang berasal dari kampung Pasir Puteh, Kelantan membesar dalam keluarga yang sederhana. Ternyata berbekalkan ilmu serta pencapaian akademik yang cemerlang, Dr Hannan kini berjaya meraikan momen jutawannya dalam industri spa dan kecantikan. Dengarkan pengakuan jutawan muda ini hanya di Terkejutawan.
Dengar di aplikasi SYOK bermula 10 pagi, 2 Julai.
Episod 6: Kartika Eskayvie
Seorang graduan cemerlang lulusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan penerima Anugerah Canselor bagi Pelajar Terbaik pada tahun 1994. Kartika merupakan seorang peguam yang telah mengembangkan kariernya sebagai seorang ahli perniagaan. Minat yang mendalam dan keazaman yang kuat bagi menghasilkan produk kesihatan dan kecantikan yang berkualiti telah mendorong beliau untuk menubuhkan ‘Eskayvie’ pada tahun 2009.
Dengar di aplikasi SYOK bermula 10 pagi, 9 Julai.
Episod 7: Najib Assadok
Cerita dari seorang mentor yang melahirkan ramai jutawan di Malaysia. Ternyata Najib Assadok adalah anak muda yang berjaya membawa ramai peniaga menjadi jutawan dalam masa yang singkat. Najib Asaddok pernah menceburi pelbagai perniagaan. Beliau juga antara insan-insan yang mempelopori bisnes maya di Malaysia. Tetapi, usaha beliau dalam bisnes ketika awalnya, hanyalah setakat cukup makan sahaja. Sehingga 29 November 2020, jualan ‘Momentum Internet’ telah mencecah RM16.5 juta.
Dengar di aplikasi SYOK bermula 10 pagi, 16 Julai.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

3 Hari Penuh Kemeriahan Di SYOK Fest KITA 2024, Pelbagai Hiburan Untuk Pengunjung

gempak
07/09/2024
08:25 MYT
Astro Radio dengan bangganya menganjurkan SYOK Fest 2024, bermula Jumaat hingga Ahad ini bertempat di Oval Lawn, Setia City Park, Setia Alam, Shah Alam.
Viral

"Hidup Daif, Mak Saya Sanggup Makan Kerak Nasi, Sedap Katanya" - Hana Shahadan Imbas Memori Arwah Ibu, Susah Payah Sebelum Berjaya!

gempak
12/08/2024
21:51 MYT
Sebelum bergelar pengasas dan pengarah kepada jenama produk kanak-kanak popular, banyak liku kehidupan sudah dilalui Hana Shahadan sejak masih kecil yang membentuknya menjadi insan lebih kuat pada masa kini.
Gaya Hidup

Rizman Ruzaini Bayar Naomi Campbell RM3 Juta Untuk Fashion Show Dubai - "Ibaratnya Beli Banglo Cash"

gempak
04/06/2024
15:04 MYT
Pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini mendedahkan pihak mereka membelanjakan kira-kira RM3 juta untuk mendapatkan peragawati tersohor dunia, Naomi Campbell pada pertunjukan fesyen di Dubai akhir tahun lalu.
Viral

Terpaksa Berjalan Tepi Makhluk Berselubung Kain Batik Waktu Senja, Nadhir Nasar Kongsi Kisah-Kisah Seram Di Universiti

gempak
03/06/2024
12:55 MYT
Pelakon Nadhir Nasar berkongsi kisah seram yang dialami ketika menyambung pengajian di sebuah universiti tempatan di Melaka.
Hiburan

Awal Ashaari Dilantik Wajah Usanita 2024, Bakal Hoskan Program Bual Bicara 15 Episod - "Kita Mahu Sajikan Content Yang Segar & Berinspirasi"

gempak
05/05/2024
09:55 MYT
Usanita bakal memperkenalkan program bual bicara yang akan dikendalikan bersama pengacara popular Awal Ashaari.