Laman Utama
Joy Revfa Minta Tolong Da’i Syed Carikan Jodoh Untuk Dirinya
Pendakwah bebas, Da’i Syed telah pun selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati, pengacara televisyen Hana Ismail di Masjid Ibnu Mas'ud Kuala Lumpur Sabtu lalu.
Menerusi temu bual yang dijalankan oleh Gempak, pasangan pengantin baharu itu tidak menunggu masa yang lama untuk mengikat tali pernikahan.
Hanya sebulan berkenalan, masing-masing bersetuju untuk melangkah ke fasa yang seterusnya.
Menurut Da’i Syed, dia terpikat dengan Hana kerana budi pekertinya selain wanita itu gemar bertandang ke majlis ilmu.
Dia juga melahirkan rasa bersyukur dan melihat isteri tercinta sebagai anugerah Allah untuk melengkapkan diri dan hidupnya.
Terbaharu, Da’i Syed berkongsi sepotong video di Instagram yang mengimbau kembali saat-saat mempersiapkan diri sebagai seorang suami.
Menerusi video tersebut, Da’i Syed menulis: “Assalammualaikum isteriku,” tulisnya.
Meninjau ruangan komen, ramai antara pengikut Da’i Syed meninggalkan doa dan ucapan tahniah atas pernikahannya beberapa hari lalu, termasuk daripada penyanyi Indonesia, Veve Zulfikar dan Natta Reza.
Selain menerima ucapan tahniah, rakan usahawan selebriti, Joy Revfa turut meninggalkan respons di ruangan komen.
“Awww sweet sangat! Da’i Syed, sila cari jodoh Kak Joy pulak eh,” tulis Joy Revfa.
Untuk rekod Joy Revfa pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi lagu-lagu ketuhanan, Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017.
Begitupun, jodoh mereka tidak lama. Joy Hafiz bercerai pada Oktober 2017.
Sebelum itu, Joy pernah berkahwin dengan seorang lelaki dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Aryan, yang kini berusia 8 tahun.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video