HIBURAN
“Jujur Sangat Ni Mengaku Depan-Depan” - Netizen Makin Seronok Tengok Syed Saddiq Selesa Usik Bella Astillah
Fenomena gandingan BASS (Bella Astillah-Syed Saddiq) masih lagi menjadi perbualan ramai di media sosial.
Lebih menarik lagi, baru-baru ini kemesraan penyanyi Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq makin teserlah apabila mereka dilihat selesa bergurau senda secara romantik ketika di khalayak ramai.
Menerusi perkongsian di akaun TikTok, tular sepotong video memaparkan Syed Saddiq yang bertindak memberikan jawapan spontan yang seakan mengiyakan hubungan istimewa mereka.
Perkara tersebut berlaku apabila pelantun lagu Bermanja Manja itu bertanya kepada Syed Saddiq sama ada dia mahu mencari wanita Kelantan atau tidak.
Bella: YB, YB nak cari gewe (gadis) Kelate sini?
YB: Kalau saya cari gewe, orang tepi saya (Bella) pula yang marah nanti.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dengan respons yang diberikan Syed Saddiq,
“Maksudnya apa kawan-kawan ? Haha dah semua boleh ready book homestay dekat Muar siap-siap.
“YB ni jujur sangat. Mengaku depan-depan.
“Cepat sikit YB bagi tarikh. Saya dan family nak booking homestay.
“Bella nak kantoi kan YBSS, last-last dia yang kena.
“Susah bergurau dengan orang jujurkan? YB ni Jenis jujur betul tak pandai berselindung.. Confirm dah ada jawapan.
Setakat artikel ini ditulis, kedua-dua pihak bagaimanapun masih belum mengesahkan mengenai status sebenar hubungan mereka sebaliknya hanya meminta orang ramai mendoakan yang terbaik.
Terdahulu, Saddiq pernah muncul di dalam video muzik Bella yang berjudul Tapi Bukan Denganmu.
Untuk rekod, Bella Astillah sebelum ini pernah memuat naik hantaran video kerjasamanya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq untuk kempen pakaian sempena Aidilfitri.
Sekadar info, ibu tunggal anak dua itu pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Aliff Aziz tetapi telah bercerai untuk kali kedua pada 13 Jun lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna, 5 tahun.
Must-Watch Video