3 GADIS MANIS 2019
Julia Farhana Kena Marah Sampai Stress.. Eh, Siapa Pula Yang Marah Tu?
Alamak! Dek kerana tidak menggemari pekerjaan yang dilakukan sekarang, pelakon Julia Farhana mengambil tindakan untuk berhenti kerja.
Namun begitu, tindakan terbabit tidak dipersetujui oleh ibu bapanya kerana mereka mahukan Julia terus bekerja di syarikat tersebut.
Lebih teruk, Julia pula yang stress kerana dimarahi oleh ibu bapanya!
Jangan salah sangka kerana itu hanya sebahagian babak yang dibawakan oleh Julia dalam drama bersiri mini 3 Gadis Manis musim ketiga.
Menerusi episod kelima itu, Julia yang membawakan watak sebagai Sabrina berhadapan dengan situasi getir yang melibatkan ibu bapanya.
Saksikan episod kelima yang boleh ditonton di laman Facebook, YouTube dan IGTV Astro Gempak!
Selain Julia, 3 Gadis Manis musim ketiga turut menampilkan Puteri Aishah (Icha), Ruhainies (Kirin), Hafeez Mikail (Dafi) dan Daler Yusuf (Que).
3 Gadis Manis musim ketiga mengisahkan mengenai persahabatan tiga gadis yang makin rapat sejak mula tinggal serumah di ibu kota Kuala Lumpur.
Drama lapan episod ini juga mempamerkan karakter setiap tiga gadis yang saling memberi inspirasi untuk terus tabah menangani cabaran hidup serta dalam mencari cinta sejati.
Bukan itu sahaja, selain daripada lapan buah episod istimewa yang boleh ditonton sekarang di www.3gadismanis.com.my, para penonton berpeluang untuk menyertai peraduan kuiz di portal rasmi bagi mengetahui perwatakan diri yang sesuai seperti dalam 3 Gadis Manis.
3 Gadis Manis turut dimeriahkan dengan kehadiran Nivea sebagai peneraju utama menerusi Rose & Argan Oil in Lotion, Cherry Blossom & Jojoba Oil in Lotion dan Vanilla & Almond Oil in Lotion.
Saksikan episod kelima 3 Gadis Manis musim ketiga yang boleh ditonton di laman Facebook, YouTube dan IGTV Astro Gempak atau saksikan keseluruhan episod di laman web www.3gadismanis.com.my!
Jangan lupa saksikan drama bersiri 3 Gadis Manis musim ketiga, flowers always bloom!
Must-Watch Video