Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#JusticeforZaynRayyan: Adik Kepada Zayn Rayyan Masih Dijaga JKM, Ibu Bapa Dibenar Melawat Namun Bersyarat

Gempak
18/07/2024 00:25 MYT
Adik kepada kanak-kanak autisme yang dibunuh tahun lalu, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin masih dalam jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.

JKM Cari Individu Layak Jaga

Menurut laporan Sinar Harian, Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim berkata, kanak-kanak itu akan terus ditempatkan di rumah perlindungan JKM sebagaimana tempoh ditetapkan mahkamah sehingga penjaga yang layak dan sesuai dikenal pasti.

"Kita masih melihat beberapa 'pilihan' siapa yang layak dan sesuai untuk menjaganya dan ia juga bergantung kepada keadaan (perbicaraan) kes melibatkan ibu bapa kanak-kanak itu,” katanya kepada pemberita pada Rabu.

Ibu Bapa Dibenar Melawat

Berhubung sama ada ibu bapa kanak-kanak itu dibenar melawat, Azmir berkata, mereka mempunyai akses untuk berbuat demikian namun bersyarat.

Pada Jun lalu, adik kepada Allahyarham Zayn Rayyan itu diambil JKM selepas mendapat perintah dari Mahkamah Majistret Shah Alam dan perkara ini sudah dimaklumkan kepada ibu dan bapanya, Ismanira Abdul Manaf serta Zaim Ikhwan Zahari.

Terdahulu, ibu bapa Zayn Rayyan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan pengabaian dengan kemungkinan boleh menyebabkan kecederaan ke atas kanak-kanak itu, tahun lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Pada 5 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai di sini sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: #JusticeforZaynRayyan: Adik Zayn Rayyan Ditempatkan Di Institusi Kebajikan Selama Dua Bulan

ARTIKEL BERKAITAN: #JusticeforZaynRayyan: Maklumat Disebarkan Itu Adalah Fitnah - Peguam Keluarga Zayn Rayyan

ARTIKEL BERKAITAN: #JusticeforZaynRayyan: Penyebaran Gambar Kecederaan Didakwa Zayn Rayyan Disiasat Bukit Aman


Sumber: Sinar Harian
#Autisme #Ibu Bapa #JKM #Zayn Rayyan #Adik Zayn Rayyan