Siasatan berkaitan penyebaran gambar memaparkan keadaan kecederaan pada mayat yang didakwa adalah Zayn Rayyan Abdul Matiin akan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya sebelum ini menerima satu laporan berkaitan penyebaran gambar berkenaan yang dibuat oleh pegawai penyiasat kes.
Terdahulu, gambar-gambar yang didakwa sebagai gambar milik Zayn Rayyan dikatakan disebar oleh sebuah platform permesejan.
Menerusi penyebaran tersebut, ramai dalam kalangan netizen berbincang dan berbicara mengenai hal berkenaan di media sosial seperti platform X.
Sebutan semula kes ibu bapa Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang didakwa di Mahkamah Sesyen pada 13 Jun lalu atas tuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal telah ditetapkan pada 26 Julai ini.
Sumber: Sinar Harian