Adik kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin akan ditempatkan di Institusi Kebajikan selama dua bulan.

JKM dapat perintah jagaan sementara

Ia selepas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapat Perintah Jagaan Sementara mengikut Seksyen 25(2), Akta Kanak-kanak 2001 dari Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim berkata, kanak-kanak itu akan ditempatkan di Institusi Kebajikan bagi tempoh dua bulan sementara penyediaan laporan siasatan Orang Yang Layak dan Sesuai lengkap.

"JKM akan menentukan dalam siasatan nanti sama ada Orang Yang Layak dan Sesuai untuk menjaga selepas selesai siasatan,"katanya ketiga dihubungi Harian Metro, hari ini.

Terdahulu, JKM mengesahkan kanak-kanak berkenaan kini berada dalam jagaan JKM Selangor.

Difahamkan JKM Selangor datang ke rumah keluarga ibu bapa Zayn di Puncak Bestari sebelum kanak-kanak lelaki itu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

Berita Trending: #JusticeforZaynRayyan: "Ada Percanggahan Keterangan Saksi, Ibu Bapa Zayn Rayyan" - Polis

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Keluarga Tidak Pernah Lantik Mahmud Sebagai Peguam” - Datuk Zayn Rayyan Perjelas Salah Faham

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Ibu Bapa Zayn Rayyan Menangis, Tertekan” - Peguam

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Proses Lanjutan Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Bertukar Kecoh

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Sambung Enam Hari



Terdapat keperluan untuk JKM mengambil kanak-kanak terbabit susulan pendakwaan ibu bapanya di mahkamah semalam.

Terdahulu ibu dan bapa kepada Zayn Rayyan didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan pengabaian dengan kemungkinan boleh menyebabkan kecederaan ke atas kanak-kanak itu, tahun lalu.

Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Mengikut pertuduhan, pasangan suami isteri yang berusia 29 tahun itu didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka, Zayn Rayyan, 6, mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Sumber: Harian Metro