,
Berita

#JusticeforZaynRayyan: JKM Akan Dapatkan Perintah Jagaan Sementara Adik Zayn Rayyan

Gempak
14/06/2024
05:54 MYT
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mendapatkan perintah jagaan sementara terhadap adik kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin.

Akan dimohon di mahkahmah

Memetik laporan daripada Haria, Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim berkata, perintah berkenaan akan dimohon di mahkamah bagi kanak-kanak.
"Kanak-kanak berusia enam tahun berkenaan akan ditempatkan di tempat selamat di bawah jagaan JKM.

"JKM akan menentukan dalam siasatan nanti sama ada orang yang layak dan sesuai untuk menjaga selepas selesai siasatan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Semalam, JKM mengesahkan kanak-kanak berkenaan kini berada dalam jagaan JKM Selangor.

Difahamkan JKM Selangor datang ke rumah keluarga ibu bapa Zayn di Puncak Bestari sebelum kanak-kanak lelaki itu dibawa ke sebuah hospital untuk pemeriksaan.

Berita Trending: #JusticeforZaynRayyan: "Ada Percanggahan Keterangan Saksi, Ibu Bapa Zayn Rayyan" - Polis

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Keluarga Tidak Pernah Lantik Mahmud Sebagai Peguam” - Datuk Zayn Rayyan Perjelas Salah Faham

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Ibu Bapa Zayn Rayyan Menangis, Tertekan” - Peguam

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Proses Lanjutan Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Bertukar Kecoh

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Sambung Enam Hari

Terdapat keperluan untuk JKM mengambil kanak-kanak terbabit susulan pendakwaan ibu bapanya di mahkamah semalam.
Terdahulu ibu dan bapa kepada Zayn Rayyan didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan pengabaian dengan kemungkinan boleh menyebabkan kecederaan ke atas kanak-kanak itu, tahun lalu.
Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.
Mengikut pertuduhan, pasangan suami isteri yang berusia 29 tahun itu didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka, Zayn Rayyan, 6, mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Bas Sekolah Terbakar Diubah Suai Tanpa Kebenaran

gempak
04/10/2024
02:55 MYT
Jabatan Pengangkutan Darat Thailand mendedahkan bahawa pengendali bas sekolah yang terlibat dalam kemalangan maut baru-baru ini di Vibhavadi Rangsit Road didapati telah melakukan pengubahsuaian kenderaan tanpa kebenaran.
Hiburan

“Bila Anak Saya Buat Hal, Mereka Sergah..” - Hunny Madu Kecewa Masyarakat Jepun Kurang Kesedaran Tentang Autisme

gempak
03/10/2024
23:55 MYT
Penyanyi dan pengacara, Hunny Madu meluahkan rasa terkilan dengan bentuk layanan segelintir masyarakat Jepun  terhadap anaknya yang juga pengidap autistik, Adam Musa sewaktu bercuti di negara berkenaan.
Hiburan

Alif Satar Risau Jenayah Seksual Libatkan Kanak-Kanak - "Saya Memang Ajar Anak Saya Untuk ..."

gempak
03/10/2024
09:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar menegaskan pentingnya pendidikan seksual untuk kanak-kanak terutama dalam situasi sekarang.
Hollywood

Keji, Budak 9 Tahun Antara 120 Mangsa Serangan Seksual Sean Diddy Combs

gempak
02/10/2024
07:55 MYT
Kisah skandal terkutuk mogul Hip Hop, Sean Diddy Combs berkaitan pemerdagangan seks menjadi semakin hangat apabila bukti demi bukti ‘dibentangkan’ di mahkamah.
Hiburan

Hattan Tak Jadi Bersara Selepas Terima Teguran Arwah Adik, Nekad Berhenti Merokok - “Selepas Dia Meninggal Saya Terus Tinggalkan”

gempak
24/09/2024
03:35 MYT
Hasrat penyanyi Datuk Hattan untuk bersara dari dunia nyanyian seperti yang dimaklumkannya sebelum ini terpaksa dilupakan kerana terkenangkan pesanan arwah adik, Mohd Hatta Shahabudin, 46.
BorakSeeni