Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#JusticeforZaynRayyan: Penyebaran Gambar Kecederaan Didakwa Zayn Rayyan Disiasat Bukit Aman

Gempak
02/07/2024 05:41 MYT
Siasatan berkaitan penyebaran gambar memaparkan keadaan kecederaan pada mayat yang didakwa adalah Zayn Rayyan Abdul Matiin akan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Disiasat

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya sebelum ini menerima satu laporan berkaitan penyebaran gambar berkenaan yang dibuat oleh pegawai penyiasat kes.

ARTIKEL BERKAITAN: #JusticeforZaynRayyan: Adik Zayn Rayyan Ditempatkan Di Institusi Kebajikan Selama Dua Bulan

ARTIKEL BERKAITAN: #JusticeforZaynRayyan: Maklumat Disebarkan Itu Adalah Fitnah - Peguam Keluarga Zayn Rayyan

ARTIKEL BERKAITAN: #JusticeforZaynRayyan: Bukit Aman Minta Bantuan MCMC Sekat Maklumat Kononnya Fakta

ARTIKEL BERKAITAN: #JusticeforZaynRayyan: JKM Akan Dapatkan Perintah Jagaan Sementara Adik Zayn Rayyan

ARTIKEL BERKAITAN: #JusticeforZaynRayyan: Adik Kepada Zayn Rayyan Kini Dijaga JKM Selangor

"Siasatan bagi kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 dan ia akan diteruskan siasatan oleh USJT Bukit Aman," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Selasa.

Terdahulu, gambar-gambar yang didakwa sebagai gambar milik Zayn Rayyan dikatakan disebar oleh sebuah platform permesejan.

Menerusi penyebaran tersebut, ramai dalam kalangan netizen berbincang dan berbicara mengenai hal berkenaan di media sosial seperti platform X.

Sebutan semula kes ibu bapa Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang didakwa di Mahkamah Sesyen pada 13 Jun lalu atas tuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal telah ditetapkan pada 26 Julai ini.

Sumber: Sinar Harian

#Polis #Gambar #Bukit Aman #Zayn Rayyan #JusticeForZaynRayyan