,
Hiburan

Kabir Bhatia, Erma Fatima Antara Calon Pengarah Filem Hasmah

Asraf Aided
09/10/2019
10:48 MYT
Pengarah terkenal, Kabir Bhatia, Erma Fatima, Osman Ali dan Faozan Rizal merupakan calon yang bakal mengarahkan filem Hasmah.
Menurut penerbit Hafiz Roslan, pemilihan empat calon pengarah tersebut adalah berdasarkan kredibiliti dan kualiti karya mereka sebelum ini.
"Semua calon pengarah dipilih berdasarkan kredibiliti dan kualiti hasil kerja mereka, masing-masing mempunyai keistimewaan sendiri.
"Saya juga ada bertanya kepada beberapa penggiat industri tempatan, ada antara nama itu yang mereka sarankan, ada juga pilihan saya sendiri," ujarnya.
Hafiz berkata demikian ketika ditemui di sidang media dan pra-pelancaran filem Hasmah bertempat di MATIC, Kuala Lumpur Isnin lalu.
Dalam pada itu, Hafiz berkata, penyenaraian nama Faozan yang berasal dari Indonesia itu tidak perlu dijadikan isu kerana ia masih belum mendapat kata putus.
"Saya sudah berjumpa Faozan, namun keputusan masih belum dibuat, lagipun pihak kami akan adakan perbincangan bersama Tun M terlebih dahulu, keputusan akan dibuat selepas berbincang bersama beliau," tambahnya.
Filem terbitan Tune Production Sdn Bhd ini merupakan biopik mengenai perjalanan hidup serta kisah romantis isteri kepada Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah dan suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Penggambaran akan bermula pada bulan Mac 2020, ia dijangka menjengah pawagam pada hujung tahun hadapan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Selalunya Salahkan Lelaki, Zaman Sekarang Tak Pelik Kalau Isteri Pun Banyak Dah Curang” - Erma Fatima ‘Back Up’ Baim Wong

gempak
11/10/2024
12:55 MYT
Pengarah, Erma Fatima memberikan kata-kata semangat buat pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong yang kini berdepan dengan konflik rumah tangga.
Hiburan

Usanita Jalin Kerjasama Kreatif Indonesia-Malaysia, Erma Fatima Optimis Kembalikan Kegemilangan 80-an, 90-an! - "Kedua-Dua Negara Punya Kekuatan"

gempak
02/07/2024
17:07 MYT
Usanita Sdn Bhd mengorak langkah baharu dalam perniagaan apabila bakal menceburi indutri kreatif.
Hiburan

Erma Fatima Mohon Maaf Guris Hati Orang Singapura Tapi Tetap Pendirian Terhadap Sarah Yasmine

gempak
02/05/2024
11:55 MYT
Erma Fatima mohon maaf.
Hiburan

Tak Kisah Dikecam, Erma Fatima Terbuka Kerjasama Dengan Aliff Aziz & Ruhainies

gempak
02/05/2024
04:25 MYT
Tidak terganggu dengan kecaman, pengarah dan penerbit, Erma Fatima enggan menolak kemungkinan akan bekerjasama dengan pelakon kontroversi Ruhainies dan Aliff Aziz pada masa akan datang.  Menurut Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 56, bakat yang dimiliki dua selebriti itu tidak ada kena mengena dengan masalah peribadi yang dihadapi buat
Hiburan

"Kahwin Jer Senang, Nak Akak Sponsor?" - Ifa Raziah Mohon Aliff Aziz, Sarah Yasmine Selesaikan Kemelut, Netizen Dua Negara Tak Bertelagah!

gempak
02/05/2024
01:50 MYT
Selebriti versatil, Ifa Raziah menyeru agar semua pihak yang terbabit dalam kontroversi melibatkan selebriti Singapura iaitu Aliff Aziz dan Sarah Yasmine agar berhenti daripada terus bertelagah dan menyebarkan aib satu sama lain.
BorakSeeni