Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah selamat menerima menantu selepas anak perempuannya, Khairin Afiqah bertemu jodoh dengan lelaki pilihan hatinya yang dikenali sebagai Hazim.

Perkara tersebut dikongsi personality televisyen, Fedtri Yahya yang juga merupakan pengacara majlis untuk persandingan anak Dr Noor Hisham itu.

“Alhamdulillah selesai mengacarakan resepsi pernikahan anakanda kepada Tan Sri Dr Noor Hisham & Puan Sri Suwaida iaitu Afiqah & Haziim.

“Hanya 30% kapasiti dewan dengan SOP yang rapi namun tidak menghalang ia berlangsung tenang dan tertib.

“Selain pengantin, bapa pengantin pasti menjadi tumpuan,” katanya.

Fedtri berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi entri tersebut, Fedtri memuat naik foto sepanjang majlis tersebut.

Apa yang menjadi tumpuan adalah anak teruna Ketua Pengarah Kesihatan tersebut serta warna tema baju melayu yang dikenakan.

“Ku lihat biru tenang Pak Pengantin,” kata salah seorang pengikutnya.

“Lawa pula baby blue ni,” puji salah seorang warga maya.

“Kacak anak bujang Dr Noor Hisham,” komen salah seorang netizen.
View this post on Instagram

A post shared by AHMAD FEDTRI YAHYA (@fedtriyahya)