Walaupun keadaan kaki masih bengkak, namun pelakon Ezzaty Abdullah terpaksa meneruskan tuntutan kerjanya dengan turun ke set penggambaran.

Menurut Ezzaty, 31, dia hanya mampu melakukan babak duduk di atas kerusi kerana kakinya tidak boleh bergerak.

Malah katanya, Allah sahaja yang tau betapa deritanya dia menanggung kesakitan.

"Maaf penonton saya tipu sikit ja. Sebenarnya masa penggambaran kaki saya naik atas kerusi sebab tengah sakit sangat. Yang penting dalam skrin nampak macam duduk elok kan.

"Tak mudah untuk bekerja dalam keadaan macam ini. Kadang-kadang rasa macam kurang ajar sangat bercakap dengan orang tapi kaki kena lunjur letak atas kerusi macam tu. Tapi apa yang saya boleh buat?

"Semalam okey, harini bengkak balik tak boleh jalan. Tapi dalam skrin kena buat-buat macam tak sakit padahal Allah saja tau deritanya saya menahan sakit tu.

"Babak-babak berjalan semua tak boleh buat sebab memang sakit sangat walaupun dah cuba paksa," tulisya di Instagram (IG).

Menerusi video yang dimuat naik, Ezzaty kelihatan melunjurkan kaki di atas sebuah kerusi yang lain ketika penggambaran berlangsung.

A post shared by Ezzaty Abdullah (@ezzatyabdullah)


Dalam pada itu, pelakon drama The Maid turut berdoa agar urusan menghabiskan kesemua babak dapat diselesaikan dengan mudah.

"Semoga dipermudahkan buat team #RinduYangTerhalang dalam keadaan macam ni. Hari-hari banyak babak saya kena habiskan," tulisnya lagi.

Sebelum ini, isteri kepada aktor Azwan Kombos ini berdepan dengan insiden yang tidak diingini selepas kakinya terseliuh serta bengkak akibat lopak di jalan raya.

BACA: Akibat Lopak, Kaki Ezzaty Abdullah Bengkak - "Nak Ambil Wuduk Pun Nangis ..."