,
Viral

Kahwin Dengan Aslam Ketika Masih Belajar, Misya; "Dapat Anak Pertama, Berpantang Masa Internship"

Amri Hassan
03/03/2024
14:55 MYT
Isteri kepada Aslam, lelaki yang didakwa mengahwini Marissa Dania iaitu Umisya Mazlan mendedahkan dirinya pernah belajar di sekolah tahfiz.

BERITA TRENDING: “Mungkin Kena Mengalah, Bahagi Dua…” - Madu Marissa Dania Akui Raya Tahun Ini Agak Mencabar

Cerita Misya menerusi video di hantaran TikTok Hejja HQ, dia pernah melanjutkan pelajaran ke Mesir selama setahun selepas tingkatan dua.
"Saya belajar di sekolah menengah sampai tingkatan dua kemudian sambung belajar Al-Quran.
"Lepas tu daripada tahfiz tu saya dibawa ke Mesir selama setahun," ujarnya yang kemudiannya pulang ke Malaysia untuk meneruskan SPM.
Selepas menamatkan Fast Track SPM (program pembelajaran secara ‘trek pantas’ bagi pelajar lepasan tahfiz), Misya menyambung pelajaran ke peringkat diploma dalam jurusan pendidikan perguruan di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) atau kini dikenali sebagai Universiti Islam Selangor (UIS).

BERITA TRENDING: Kongsi Pengalaman Bersalin, Madu Marissa Dania Sempat Bergurau Fasal Kahwin Tiga?

Ketika itulah Misya mengenali Aslam dan ketika masih bergelar pelajar, mereka membuat keputusan untuk berkahwin.
"Masa diploma iaitu sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Misya kahwin. Masa tu tak habis diploma lagi.
"Kahwin sambil belajar, Selepas tu, dapat anak pertama dan masa tu tengah intern (latihan industri). Saya berpantang masa tengah intern.
"Nasib baik masa tu online, sambil jaga anak sambil intern jadi cikgu," katanya yang menyimpan hasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Tonton video penuh di sini:
@hejjahq Thank you @umsymzln sudi bekerjasama dengan kami untuk projek Hegula x Misya, projek masak resepi lebih sihat dengan Hegula. Sambil masak2 kita borak2 terkeluarlah cerita cinta Misya. Tak sangka kan misya belajar sampai ke mesir, misya belajar quran, budak tahfiz boleh cakap arab tau. Bukan biasa2 misya ni.. patutlah misya sangat tabah dalam dugaan ni.. nak tahu misya masak apa, dan banyak lagi cerita misya jangan lupa follow okay ✌️ Hegula x Misya. Terbaik @eaisyah_listra. #hegula #hejjahq #pemanisgantigula #pemanissemulajadi #hidupsihat #stopgula #lifestyle #hegulaxmisya #umisyamazlan #misya ♬ original sound - Hejja HQ

PILIHAN PEMBACA: Isteri Aslam Akhirnya Bersuara, Reda Bermadu Dengan Marissa Dania? - "Semakin Ikhlas Semakin Tenang"

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hiburan

“Permintaan Dia Sebelum Menutup Mata…” - Kiah Propa Kembali Berkahwin, Mahu Jaga Bekas Suami Sakit Kanser Leher

gempak
18/11/2024
08:25 MYT
Pelakon dan usahawan, Kiah Propa memilih untuk kembali melangsungkan perkahwinan bersama bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail.
Hiburan

Kahwin Setengah Tahun, Pejabat Agama Dedah Rizky Febian-Mahalini Belum Daftar Nikah

gempak
14/11/2024
03:20 MYT
Sejak menikah pada 10 Mei 2024, rumah tangga Rizky Febian dan Mahalini sudah beberapa kali diterpa kontroversi.
Hiburan

“Kena Pantang, Dah Setahun Tak Minum Kopi” - Siti Nordiana Jaga Suara, Takut Masalah Lama Berulang

gempak
14/11/2024
00:55 MYT
Penyanyi, Siti Nordiana sanggup menolak air minuman kegemarannya iaitu kopi sejak setahun lalu demi menjaga pita suaranya.
Unitar