Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Kahwin Duda, Irish Bella Dapat Masjid Hadiah Mas Kahwin

Maliah Surip
21/10/2024 00:55 MYT
Kisah pernikahan bekas isteri Ammar Zoni, Irish Bella pada hujung minggu ini masih menjadi sorotan media tempatan.

BERITA TRENDING: Belum Setahun Cerai Dari Ammar Zoni, Irish Bella Nikah Baru: “Mungkin Terlihat Cepat, Tapi…”

Hal itu lantaran Irish Bella tidak mendedahkan secara terperinci identiti lelaki yang berjaya membuat dia bersetuju kahwin lagi hanya selepas lapan bulan bercerai.

Menerusi pelbagai sumber, Irish Bella diketahui berkahwin dengan seorang usahawan bernama Haldy Sabri.

Peguam wanita itu juga mengesahkan Haldy adalah seorang duda dengan dua anak. Namun kedua-dua anaknya sudah besar.

Selain status suami baharunya menjadi perhatian, mas kahwin yang diberikan kepada Irish Bella juga membuat khalayak terpegun.

Wanita berusia 28 tahun tersebut diberi mas kahwin yang tidak lazim seperti kebiasaan.

Haldy memberikan Irish Bella sebuah masjid sebagai mas kahwin mereka.

Pemberian masjid sebagai mas kahwin dapat didengar menerusi potongan video saat lafaz akad pasangan tersebut yang dijalankan dalam majlis tertutup.

“Saya (wali) hakim, saya nikahkan saya kahwinkan seorang puteri bernama Yris Jetty Dirk de Beule bin Johan de Beule kepadamu dengan mas kahwin satu buah masjid dibayar tunai," ujar wali hakim, lapor Insertlive.

BERITA TRENDING: Suami Dua Kali Dipenjara Sebab Dadah, Pelakon Irish Bella Minta Cerai & Tak Tuntut Harta

BERITA TRENDING: Irish Bella Takut Bercerai Meski Harmonis dengan Ammar Zoni

BERITA TRENDING: Arti Di balik Angka Unik Nama Anak pasangan Ammar Zoni, Irish Bella

#Kahwin #Indonesia #Hadiah #Masjid #Duda #Irish Bella
;