,
Hiburan

Belum Setahun Cerai Dari Ammar Zoni, Irish Bella Nikah Baru: “Mungkin Terlihat Cepat, Tapi…”

Maliah Surip
19/10/2024
12:09 MYT
Pelakon Irish Bella berkongsi berita gembira apabila mengumumkan dirinya kembali memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Irish menerusi perkongsian dirinya media sosial mempamerkan foto-foto pernikahan yang berlangsung pada Sabtu, 19 Oktober 2024.
Pernikahan tersebut merupakan yang kedua kalinya buat wanita berusia 28 tahun itu.
Dia sebelum ini mengalami perjalanan cinta dan rumah tangga yang berlaku dengan pelakon Ammar Zoni yang saat ini dipenjara atas kesalahan dadah.

BERITA TRENDING: Dakwa Bisnes Biji Pala, Ammar Zoni Beli Dadah Guna Nama Khas Ikan & Sayur

BERITA TRENDING: Baru Dua Bulan Keluar Penjara & Isteri Fail Cerai, Ammar Zoni Ditangkap Kali Ketiga

Tanpa mendedahkan identiti suami baharunya, Irish memohon doa agar perkahwinan yang dibina mendapat berkat dan menuju keredaan Allah.
Irish menyifatkan suami baharunya juga sebagai imam yang dikirimkan Allah buat dia dan anak-anak hanya selepas 9 bulan bercerai dengan Ammar Zoni.
“Mungkin terlihat cepat di mata sebahagian orang, tapi hanya aku yang memahami perjalanan hidupku ini sepenuhnya serta segala ujian yang telah dilewati.
“Keputusan ini (menikah) diambil dengan tenang, penuh doa serta keyakinan daripada Allah SWT,” tulis Irish Bella di akaun Instagramnya.
Meski tidak mendedahkan identiti suami, Irish tetap menitipkan nama lelaki tersebut pada akhir coretannya. Dia menulis ‘Irish & Haldy’.
Haldy, suami baru Irish Bella dipercayai Haldy Sabri seorang usahawan.
“Marilah kita saling mendoakan yang terbaik tapi terburu-buru menghakimi,” tutupnya.
Irish sebelum ini memfailkan perceraian terhadap Ammar Zoni pada November 2023 sebelum sah bercerai pada Februari 2024.

BERITA TRENDING: Suami Dua Kali Dipenjara Sebab Dadah, Pelakon Irish Bella Minta Cerai & Tak Tuntut Harta

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Bakar Suami Selepas Periksa Akaun Bank Berkurangan

gempak
24/11/2024
00:55 MYT
Pada sidang perbicaraan mahkamah Mojokerta pada 19 November lalu, suspek berkata, insiden itu berlaku pada 8 Jun lalu selepas dia menyemak akaun suaminya di sebuah bank di Jalan Majapahit.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Unitar