,
Hiburan

"Kahwin Nanti Duduk Rumah Setinggan" - Belanja RM10,000 Sejam, Ini Respons Ibu Elfira Loy

Amri Hassan
20/12/2017
05:12 MYT
Sepotong video Unboxing Los Angeles Sephora Haul yang memaparkan telatah Elfira Loy berbelanja sakan di Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini tular.
Video yang dimuat naik di akaun Youtube milik Elfira, Twink3l TV pada Sabtu lepas itu mendapat kecaman netizen yang menyifatkan pelakon itu membazir.
Malah ada segelintir netizen yang meramal bakal suami Elfira, Sufian Suhaimi perlu lebih berusaha keras bagi memenuhi menanggung hidup mewah Elfira selepas berkahwin.
Paling mencuri tumpuan dalam video tersebut apabila ibu Elfira, Filzah Yusoff membebel kepada pelakon Biar Mimpi Sampai Ke Bintang itu.
"Eh beli-beli tak apa... Duit dia yang habis, bukan duit aunty jadi apa nak risau.
"Kahwin nanti duduk rumah setinggan je," katanya berseloroh.
Video pengakuan itu sehingga kini mencatat lebih 300,000 tontonan dan klip sama turut dikongsikan Elfira dalam akaun Instagramnya.
Bagaimanapun, jelas Elfira barangan solek yang dibeli itu bukan miliknya semata-mata dan ada yang dipesan oleh rakan-rakannya juga.
"Saya pergi ke Los Angeles untuk sebuah acara tetapi sempat membeli-belah.
"Selama sejam di kedai itu, saya berbelanja hingga hampir RM10,000. Tak tahulah kenapa jadi begini tetapi apabila sampai di kaunter pembayaran, saya tak boleh patah balik. Jadi, kita terima sahajalah," katanya.
Elfira bagaimanapun mengakui menyesal berbelanja sedemikian untuk barangan kecantikan tersebut.
Teks oleh: Amri Hassan Sumber: Youtube Twink3l TV
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.