Pelakon Ruhainies mengakui belum bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya meskipun sering dikaitkan dengan beberapa orang lelaki.
Ruhainies atau nama sebenarnya Ruhainies Ferehah Zainul Ilyas, 25, berkata, dia ingin memberi fokus sepenuhnya kepada kerjaya memandangkan usianya kini masih muda.
"Sebenarnya saya masih belum bersedia untuk berkahwin kerana banyak perkara lain yang harus saya fikirkan buat masa sekarang.
"Saya ingin fokus dahulu kepada kerjaya kerana bulan Julai nanti baru genap dua tahun saya berada dalam industri.
"Sejujurnya saya masih single dan tiada teman lelaki istimewa kerana tidak ada masa untuk bercinta dan sering sibuk di lokasi penggambaran.
"Jadi biarlah saya berkarya dahulu dan mencipta nama ketika usia masih muda ini," katanya kepada Astro Gempak.
Ruhainies berkata demikian ketika ditemui pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara syarikat produk kecantikan dan kesihatan Cantik Dara Sdn Bhd dengan Spektra Selasih Sdn Bhd, baru-baru ini.
Produk Cantik Dara yang diasaskan Nurrul Sayang Rahmat akan menaja promosi filem Jibam terbitan Spektra Selasih yang dijangka menemui penonton sekitar September depan.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Rozaimi Zubaidi
Sat May 13 2017
Linkin Park Bakal Reunion, Vokalis Evanescence Ganti Mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekaligus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Kekasih 40 Tahun Lebih Muda, Cher: “Seusia Saya Ramai Sudah Mati”
Sekitar akhir tahun 2022, penyanyi Cher mendedahkan dirinya kembali dilamun cinta menerusi perkongsian foto mesra bersama seorang lelaki.
Pernah Kaut Pendapatan Tinggi Live TikTok, Riezman Khuzaimi Dilantik Duta Agensi KamiSempoi
Setelah lebih dua tahun beroperasi, agensi Tiktok KamiSempoi International Agency melantik pelakon Riezman Khuzaimi sebagai duta.
"Benda Dah Settle Kenapa Nak Ungkit Lagi?" - Muaz Zabir Bidas Kenyataan Aliff Aziz!
Muaz Zabir tampil bersuara susulan isu podcast Aliff Aziz baru-baru ini.
Banyak Bagus Festival 2024 Gabung Artis Popular 4 Negara!
Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 melakar sejarah tersendiri apabila menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
BUJANG SEPAHTU KEPOK BONDA
Pak Ya ada 2 orang anak lelaki agak malas, Jep dan Shuib yang selalu lewat tidur dan jarang membantu kerja rumah. Suatu malam, kedua-dua anak lelaki itu melihat ayah mereka dalam keadaan sedih kerana belum memenuhi niatnya untuk membina kepok untuk isterinya yang telah meninggal. Mereka sedar dan bertekad untuk mencari wang untuk membantu ayah mereka
Tahniah! Michelle Yeoh Antara 19 Penerima Medal Of Freedom
Tahniah Tan Sri Michelle Yeoh.
Abby Abadi Dedah Kerjaya Sebenar Aslam - "Dia Pemandu E-Hailing, Buat Bisnes ..."
Pelakon Abby Abadi mendedahkan menantunya, Ahmad Aslam bekerja sebagai pemandu e-hailing bagi menampung kehidupan keluarganya.
“Ibu Mana Boleh Tahan? Senang Senang Nak Dajjalkan Anak Aku, Cakap Muka Macam Bab*” - Isteri Caprice Ulas Isu Melutut
Sabar seorang ibu juga ada hadnya.
Pesawat Ringan Terhempas Di Tanjung Malim, Dua Mangsa Selamat
Syukur mangsa selamat.