Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kahwin Setengah Tahun, Pejabat Agama Dedah Rizky Febian-Mahalini Belum Daftar Nikah

Maliah Surip
14/11/2024 03:20 MYT
Sejak menikah pada 10 Mei 2024, rumah tangga Rizky Febian dan Mahalini sudah beberapa kali diterpa kontroversi.

BERITA TRENDING: "Tiada Ada Apa-Apa, Saya Hanya Diuji" - Mahalini Tak Marah, Bukan Pertama Kali Dituduh Curang

Selain Mahalini berdepan kritikan kerana dipercayai melakukan pembedahan mancung hidung dan didakwa curang dengan Rizky, kini timbul isu baharu.

Pasangan selebriti terkenal Indonesia itu didakwa belum mendaftarkan perkahwinan mereka ke pejabat agama republik tersebut walau sudah tujuh bulan mendirikan rumah tangga.

Perkara itu disahkan oleh pihak Kantor Urusan Agama (KUA) Kecamatan Setiabudi dan Pengadilan Agama Jakarta Selatan selepas melihat kedua-dua penyanyi itu mempamerkan buku nikah mereka.

“Kami belum tahu bentuk buku nikah Rizky dan Mahalini. Jika masih belum memiliki buku nikah, maka belum ada pengesahan perkahwinan mereka.

“Jadi mereka hanya baru menikah secara siri atau secara agama. Tapi pernikahan mereka telah memenuhi syarat dan rukun nikah cuma tidak dicatatkan di KUA (pejabat agama),” ujar wakil Pengadilan Agama Jakarta Selatan seperti dilaporkan CNNIndonesia.

BERITA TRENDING: Lyodra Rasa 'Annoying' Bila Netizen Selalu Bandingkan Dengan Mahalini & Tiara Andini - "Tak Ada Komen Lain Ke?"

Terdahulu anak kepada pelawak Sule dan penyanyi kelahiran Bali itu baru mengemukakan permohonan pendaftaran pernikahan Pengadilan Agama Jakarta Selatan sehingga umum dimaklumkan tidak pernah memiliki dokumen sah perkahwinan mengikut undang-undang.

Rizky Febian dan Mahalini melakukan pernikahan secara tertutup di Hotel Raffles Jakarta Selatan.

BERITA TRENDING: Rizky Febian ‘Buat Hidung’ Kerana Kesihatan Di Korea Selatan, Bagaimana Dengan Mahalini?

BERITA TRENDING: Ini Pesanan Bapa Mahalini Untuk Rizky Febian - “Mahalini Daripada Keluarga Saya, Keluarga Besar Saya”

#Kahwin #Nikah #Indonesia #Rizky Febian #Pejabat Agama #Daftar #Mahalini
;