,
Hiburan

Lyodra Rasa 'Annoying' Bila Netizen Selalu Bandingkan Dengan Mahalini & Tiara Andini - "Tak Ada Komen Lain Ke?"

Ainun
13/08/2024
05:55 MYT
Juara Indonesia Idol X, Lyodra Ginting memberi respon apabila netizen cuba untuk membuat perbandingan antara dirinya dengan Mahalini dan Tiara Andini.
Lyodra, 21, berkata bahawa dia tidak mampu untuk mengawal pendapat orang luar tentang pandangan mereka terhadap dirinya bila dibandingkan dengan artis yang lain. Baginya, dia perlu menerima apa pendapat netizen tentang dirinya.
“Sebenarnya ada juga perasaan annoying itu. Semua manusia tidak suka bila diri mereka dibanding-bandingkan walaupun kita sebagai seorang artis. Bagi saya, bila ada yang cuba untuk dibandingkan saya bersama Mahalini saya rasa macam ‘tidak ada komen yang lain’.

“Perkara macam ini, pendapat orang kita tidak boleh kawal dan orang boleh komen apa sahaja. Yang boleh mengawal perkara ini tidak terjadi lagi adalah diri kita sendiri sama ada kita mahu menerimanya dengan hati yang terbuka atau tidak”, katanya kepada Gempak ketika menghadiri majlis pelancaran konsert “Ada Afgan & Lyodra: Live in Kuala Lumpur” yang berlangsung di hotel Aloft, Sentral Kuala Lumpur pada Isnin.

Tiada persaingan

Tambah penyanyi terkenal dengan lagu Sang Dewi itu, dia tidak pernah merasakan wujudnya persaingan antara dia dan Mahalini kerana mereka berdua merupakan kawan baik.

“Saya tidak ada rasa persaingan antara saya dengan Mahalini. Kalau dia berjaya, saya tumpang gembira dengan kejayaannya di Malaysia. Mungkin satu hari nanti saya boleh buat konsert solo saya di Malaysia”, jelasnya.

Kongsi Lyodra, dia dan Mahalini membuat keputusan untuk tidak bercakap tentang soal kerjaya ketika mereka bertemu. Keputusan ini diambil kerana kedua-duanya merasa penat dengan tuntutan pekerjaan mereka sebagai artis.
“Saya dan Mahalini kalau berjumpa kami tidak sembang tentang hal kerja kerana kami berdua penat untuk sembang tentang hal kerja kan dan bila berjumpa itu kami sembang tentang hal yang random”, ulasnya.

BERITA TRENDING: Afgan Ulas Aksi Mesra Bersama Jessi Dalam Video Muzik ‘Escape’ - “Sama Macam Kita Selalu Lakukan…”

BERITA TRENDING: Konsert 'Ada Afgan & Lyodra: Live In KL' September Ini, Harga Serendah RM258!

BERITA TRENDING: Lyodra Hampir Pengsan Ketika Shooting Muzik Video Ada Bersama Afgan

BERITA TRENDING: Pengulas Sukan Khairil Azwa Tak Sangka Tular, Ramai Tekejut Lepas Tahu Wajah Sebenar - “Mereka Gambarkan Saya Tua, Badan Berisi & Kepala Botak”

Sekadar info, konsert “Ada Afgan & Lyodra: Live in Kuala Lumpur” akan berlangsung di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada 28 September ini.
Sebelum ini, Lyodra, Tiara Andini dan Mahalini merupakan peserta yang memasuki Indonesia Idol X pada tahun 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Air Mata Aina Abdul Gugur Kerana Konsert Aina Abdul Imaji Tour

gempak
09/09/2024
10:38 MYT
Selepas hampir setahun merancang untuk mengadakan konsert jelajah, akhirnya penyanyi, Aina Abdul mengumumkan bakal hadir dengan Konsert jelajah pertamanya menerusi Konsert Aina Abdul Imaji Tour.
Hiburan

Peminat Masih Suka Versi Asal 'Sampai Menutup Mata' Acha Septriasa, Nyanyian Mahalini Tak Cukup Rasa? - "Aku Lelaki Pun Boleh Nangis"

gempak
09/09/2024
06:55 MYT
Mahalini telah merakamkan kembali lagu Sampai Menutup Mata yang pernah dipopularkan oleh penyanyi dan pelakon, Acha Septriasa bagi runut bunyi filem Heart.
Hiburan

2NE1 Akan Singgah Manila Dan Jakarta Untuk Konsert, Malaysia Pula Bila?

gempak
06/09/2024
12:25 MYT
Kumpulan yang terkenal dengan lagu I Am The Best itu telah mengumumkan dua lokasi pertama bagi jelajah mereka pada Jumaat.
Hiburan

Angeline Tan Dedah Sabri Yunus Tak Pernah Paksa Berhijab - “Tapi Saya Rasa Sebagai Seorang Islam, Ini Lebih Sopan”

gempak
06/09/2024
00:55 MYT
Pelakon, Angeline Tan mendedahkan suaminya, aktor Sabri Yunus tudak pernah memaksanya untuk memakai hijab.
Hiburan

"Macam Mana Boleh Kata Datuk Siti Tak Ada Job" - Anak Tiri Siti Nurhaliza Tampil Bersuara

gempak
05/09/2024
06:55 MYT
Sudah lumrah dalam kehidupan buat la kebaikan macam mana pun pasti ada yang tidak suka.