gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
GAYA HIDUP
Bukan Sekadar Mengajar, Guru Wanita Ibu Kedua Di Sekolah
BERITA
Makkah Dilanda Pencemaran Debu, Jemaah Dinasihat Pakai Pelitup Muka
BERITA
"Kaji Semula Had Umur Persaraan Kepada 65 Tahun" - Azalina
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

"Kaji Semula Had Umur Persaraan Kepada 65 Tahun" - Azalina

gempak
Gempak
20/05/2025
16:17 MYT
Sponsor Banner
"Kaji Semula Had Umur Persaraan Kepada 65 Tahun" - Azalina
Kerajaan perlu mengkaji semula had umur persaraan wajib yang ditetapkan pada usia 60 kepada 65 tahun kerana ramai individu pada usia itu masih sihat dan berpengalaman.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, langkah itu wajar dipertimbangkan memandangkan usia 60 tahun kini dianggap masih muda oleh kebanyakan negara.
"Itu pandangan peribadi saya sahaja. Bila saya pergi ke mesyuarat menteri undang-undang ASEAN, ramai yang berkongsi bahawa di negara mereka, hakim bersara pada umur 65 tahun dan ada juga yang sampai 70 tahun.
“Di Malaysia, hakim bersara pada umur 65 tahun dan boleh sambung enam bulan lagi jika diluluskan. Jadi, saya rasa kerajaan patut kaji semula perkara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Jasamu Dikenang Kluster Undang-undang dan Reformasi Institusi (UURI) di sini pada Selasa.
Ditanya adakah beliau membawa cadangan tersebut ke mesyuarat Kabinet pada Rabu, Azalina berkata ia hanya sekadar padangan peribadinya.
Tahun lalu, firma perundingan pencen global turut menyarankan had usia persaraan di negara ini perlu dinaikkan dalam tempoh terdekat kerana terdapat pelbagai keperluan mendesak mengenainya terutama dalam purata jangka hayat individu negara sekitar 75 tahun ke atas.
Ini menjadikan Malaysia dijangka menjadi negara tua menjelang 2043, iaitu 14 peratus daripada penduduk terdiri daripada populasi berusia 65 tahun ke atas susulan kesan daripada peningkatan jangka hayat dan penurunan kadar kelahiran.
Menjelang tahun 2060, Malaysia dijangka mempunyai tiga orang dewasa umur bekerja bagi setiap warga emas berbanding 10 orang dewasa umur bekerja bagi setiap warga emas pada 2020
Had usia persaraan di Malaysia ketika ini dilaporkan adalah antara yang terendah bukan saja di peringkat global tetapi negara serantau yang lain.
Kerajaan sebelum ini melanjutkan umur persaraan wajib anggota sektor awam kepada 60 tahun berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Viral
#Azalina Othman
#Umur
#65
#Persaraan
Must-Watch Video