Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Kak KM Bengang Kereta Mercedes S300 Diumpil - “Nak Makan Minta.. Nak Duit Minta, Aku Boleh Bagi!”

Ernalisa
22/10/2024 06:48 MYT
“Kalau kau nak makan minta.. kalau kau tak ada duit minta, aku boleh bagi.. jangan menyusahkan orang,” rasa marah itu diluahkan usahawan sensasi Liana Rosli atau Kak KM apabila kereta Mercedes S300 miliknya diumpil.

BERITA BERKAITAN :#GempakVideoNews : Bukan Mudah Nak Kekal Rumahtangga Hingga 22 Tahun - Kak KM Kongsi Pendapat Tentang Perkahwinan

BERITA BERKAITAN :Kak KM Tak Pernah Perlekehkan Suami, Jaga Hubungan Rumah Tangga - "Kena Banyak Bersabar, Kekalkan Spark Macam Zaman Bercinta"

BERITA BERKAITAN :Kak KM Tak Terkesan Dikecam Kerana Seksi - “Saya Pakai Juga Baju Lengan Panjang & Seluar Panjang”Terima Kekalahan, Kak Lina Titip Ucapan Tahniah Buat Uyaina Arshad, “Sebab Kalah Akak Order…”

BERITA BERKAITAN :Aktor Impi Trofi Oscar, Kak Ogy Nasihat Perbaiki Lakonan - "Impian Itu Percuma, Tapi Kenalah Belajar Jangan Main Asal Boleh Saja"

Mana tidak hangin, kereta bernilai RM400,000 itu jelas Kak KM bukan perkara mudah untuk dimilikinya.

Berkongsi kisah kepada Gempak mengenai kejadian itu, dia memberitahu kejadian berlaku malam tadi ketika dia dan suami tidak ada di rumah kerana berada di Penang.

Malah, kereta miliknya itu juga terpaksa diletakkan di bahu jalan berhampiran rumah memandangkan parkir di rumahnya telah penuh.

“ Cara nak ajar penyamun macam ini, kalau kau tak ada duit, engkau minta dengan aku.. aku mesti bagi. Siapa netizen yang tak pernah rasa duit Kak KM. Cakap je. Waktu PKP hari-hari Kak KM bersedekah. Tapi jangan buat macam tu, menyusahkan kita.


“Masa kejadian malam tadi, Nabila nak ambil barang dekat kereta dia.. waktu dia nak ambil kasut dalam kereta.

“So Kak KM tengok CCTV dari bilik rumah tapi tetap tak nampak sebab terlindung dengan tembok rumah,” katanya.

Kata Kak KM, dia mula perasan keretanya diumpil pada malam tadi.

“Malam bila sampai Kak KM ingat nak ke klinik.. jadi waktu itu yang Kak KM perasan ada terkulai-kulai.

“Anggaran kerugian akak tak pasti lagi.. sebab akak belum periksa dengan pusat servis,” katanya.


Walaupun sudah tiga tahun usia kereta berkenaan, jelas Kak KM dia tetap sayang kerana banyak berjasa kepada dia dan keluarga.

Pagi tadi, usahawan sensasi itu sempat berkongsi video kereta miliknya diumpil.

Dalam video berkenaan, usahawan itu dilihat mengeluh apabila melihat harta bendanya dirosakkan.

#Kak #Kereta #Angin #KM #diumpil
;