Usahawan sensasi Liana Rosli atau Kak KM yang tidak pernah lekang dengan kontroversi akui perjalanan rumah tangganya yang kini berusia 22 tahun bukan satu perkara mudah untuk dipertahankan.
Hanya berkongsi pandangan peribadinya, kata figura tinggi lampai ini, pasangan suami isteri tidak boleh "selekeh" dan harus mengekalkan "spark" dalam rumah tangga masing-masing.
Katanya, walau sering terpalit dengan cerita-cerita kurang enak, dia bersyukur masih dapat mempertahankan mahligai yang dibina bersama suami tercinta Razman Ramli sehingga hari ini.
Jelas Kak KM lagi bukan mudah bagi individu sepertinya ingin mencapai usia rumah tangga sehingga hari ini jika tidak mempunyai kesabaran tinggi.
"Macam bagi Kak KM sendiri kita kena kekalkan spark kita tu apa yang biasa kita buat waktu bercinta,kita kena bawa waktu kita berkahwin. So tak boleh selekeh. Kita kena jaga semua,tak boleh kurang hajar,tak boleh perlekehkan pasangan kita.
Tidak mahu mendabik dada dengan usia perkahwinan yang baru setahun jagung, bagaimanapun ibu kepada empat orang anak ini ternyata mengharapkan yang terbaik dengan mahligai yang dibina sekian lama.