Pelakon Mawar Rashid tampil memberi penjelasan selepas komen berhubung isu pelanggaran SOP Neelofa ke Nilai 3, menjadi perdebatan warganet.

Mawar menerusi hantaran terbarunya di laman sosial Instagram memohon maaf kerana menyebabkan salah faham dan diserang warganet.

Menurut Mawar, penulisan kurang tepat daripada pihaknya menyebabkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet sehingga ada yang mendakwa dia tidak menghormati keputusan mahkamah.

“Bertenang semua..ada salah faham ni. And Mawar pun salah tak tulis bebetul dan ayat pun tak penuh sampai buat you all semua marah and serang Mawar. Sorry semua.

“Baca balik statement Mawar, “Harap dapat diselesaikan dengan cara yang baik…”

“Maksud Mawar kat sini, Kalau kena kompaun/denda lagi, memang patut kena bayar. Dan kalau mahkamah dah putuskan kena penjara, Mawar respect keputusan mahkamah.

“Cuma bila bercakap pasal “penjara”, bunyi tu menakutkan. Mawar pun turut rasa takut lah. Sebab Mawar ni sejenis cepat kesian kat orang.

“Dan Mawar tak bermaksud pun cakap sebab dia berjuang pasal Palestin tu, dia boleh langgar SOP…Yang salah tetap salah. Dan Mawar respect apa saja keputusan mahkamah untuk yang bersalah,” katanya.

Sementara itu diruangan komen, suami Mawar iaitu Raf Yaakob turut menegur cara warganet memberikan teguran kepada isterinya.

“Masing2 yang nak tegur Mawar tu pun, tegur lah dengan penuh ADAB. Maki-maki, perli-perli, kutuk-kutuk tu BUKAN cara kita sebagai orang Islam. Istifar banyak-banyak,” tulisnya.

A post shared by Mawar Rashid (@mawarashid)


Terdahulu tular di media sosial komen yang ditinggalkan Mawar di laman IG sebuah portal yang dianggap mempertahankan Neelofa.

Komen tersebut menimbulkan rasa kurang senang warganet apabila Mawar menulis agar Neelofa tidak dipenjarakan kerana telah banyak berjuang untuk Islam yang disertakan dengan tanda pagar #freepalastine.

Bagaimanapun komen tersebut dipadamkan tidak lama selepas itu.