Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Kak Masuk Cepat Ada Orang Follow” - Wanita Panik Dikejar Individu Tak Dikenali, Sempat Beri Amaran Pada Orang Lain

Umirah Halim
22/08/2024 04:25 MYT

Seorang wanita berdepan detik cemas apabila seorang lelaki tidak dikenali secara tiba-tiba menarik pintu kenderaannya bagi cubaan ragut.

Menurut perkongsian video di X wanita tersebut katanya, kejadian berlaku ketika dia sedang melalui kawasan parkir bersama ibunya di sebuah pusat beli belah di Johor pada malam semalam.

BERITA TRENDING: Isu Influencer Lelaki Bersolek Seperti Wanita, Ucop Nasihat - “Kalau Sekadar Untuk Konten Tiada Masalah, Tapi Fikir…”

BERITA TRENDING: "Saya Minta Suami Kahwin Lain Sebab Muka Saya Tak Sempurna" - Mangsa Produk Merkuri Kongsi Derita Kulit Breakout

BERITA TRENDING: Bella Astillah & Risteena Munim Bergambar Atas Satu Pentas, Reaksi Puteri Sarah Pula Yang Dapat Perhatian Netizen - "Muka Sarah Tak Cover Langsung"

BERITA TRENDING: Bunuh Orang Demi Keseronokan, Lelaki Jadikan Mangsa Daging Burger Sebelum Jual

“Korang yang jalan malam sorang-sorang terutama perempuan, tolong hat-ihati !! Tadi aku dan ibu hampir nak kena ragut kat parking aeon bukit tinggi. Tapi alhamdulillah sempat tutup dan lock pintu.

"Plan nak masuk duit kat maybank aeon tu, baru je parking nak turn kereta tiba-tiba nampak sorang lelaki nak datang ke pintu kereta, dah bukak pintu sikit, terus tarik pintu tutup dan lock,” ujar wanita tersebut.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Beri amaran pada wanita lain

Pada video yang sama, wanita tersebut turut sempat memberi amaran kepada seorang wanita yang turut melalui kejadian yang sama iaitu dikejar oleh lelaki tersebut.

“Kak masuk cepat (ke kereta) ada orang follow, tadi kami kena dah,” ujar wanita tersebut panik.

Sementara itu, menerusi ruangan komen rata-rata netizen bimbang dengan kejadian yang berlaku di negara ini.

“Takut nya zaman sekarang ini ya. Orang jadi jahat sbb terdesak tiada duit. Merompak,meragut, kalau lawan dibunuhnya nanti.

“Allahu dah tak selamat dah dunia ni.

“Makin menjadi-jadi kalau perempuan nak keluar malam tolong lah bawa pepper spray, komen beberapa netizen.

Setakat artikel ini ditulis hantaran tersebut telah mendapat sebanyak 700 ribu tontonan di platform X.

#wanita #Individu #Panik #Tak #Dikejar #dikenali
;