Kaka Azraf Ajak Lakukan Cabaran #gg2dance Untuk Menonton Gol & Gincu Vol. 2 bersamanya.

Penyanyi Kaka Azraff mengajak semua peminat filem Gol & Gincu Vol. 2 (GG2) untuk melakukan cabaran tarian #gg2dance di aplikasi TikTok.

Individu yang menyahut cabaran #gg2dance itu akan berpeluang menyertai kempen Tonton Gol & Gincu Bersama Kaka Azraff secara percuma.

Kempen tersebut telah bermula pada 15 Oktober lalu hingga 24 Oktober ini.

Tonton Gol & Gincu Bersama Kaka Azraff itu dilancarkan oleh Warner Music Malaysia dan Red Films dengan kerjasama TikTok.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk menyertainya;
  1. Muat turun aplikasi TikTok dari Apple App Store atau Google Play Store.
  2. Rakam video menggunakan aplikasi TikTok yang memaparkan anda menari berlatarkan lagu ‘Shout It Out’ nyanyian Kaka Azraff.
  3. Muat naik video TikTok anda dengan hashtag #gg2dance.
  4. Kongsi dan jemput rakan-rakan anda untuk menontonnya di aplikasi TikTok.
Hanya lima video yang menerima tontonan tertinggi di aplikasi TikTok dengan hashtag #gg2dance akan dipilih sebagai pemenang. Setiap pemenang terpilih akan memenangi dua pas untuk menonton filem ‘Gol & Gincu Vol. 2’ secara eksklusif bersama Kaka Azraff.

Cara-cara menari untuk cabaran ini, sila layari saluran Youtube Warner Music Malaysia atau klik di pautan ini https://www.youtube.com/watch?v=MnqN6mTdPcc .

GG2 dibintangi pelakon utamanya, Diana Danielle dan Ummi Nazeera bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 25 Oktober ini.

Dengarkan lagu tema ‘Gol & Gincu Vol. 2’ – ‘Shout It Out’ oleh Kaka Azraff dan ‘Hari-Hariku’ oleh Aizat Amdan feat Intan Serah & Annabel Michael di pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, KKBox, Deezer, Joox dan iTunes. Video muzik rasmi ‘Gol & Gincu Vol. 2’ pula boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia.
Ketahui lebih lanjut mengenai filem ‘Gol & Gincu Vol. 2’ di laman web www.golgincu2.com.my dan layari Saluran Youtube Warner Music Malaysia untuk video cabaran ini atau klik di pautan ini https://www.youtube.com/watch?v=MnqN6mTdPcc .