Kakak kepada YouTuber terkenal dan juga pelakon, Asif Suhaimi iaitu Siti Nur Atina membuat pendedahan mengenai perangai bapa mereka yang didakwa menggambil kesempatan terhadap adiknya.

Menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya, Atina mendakwa bapanya telah menggunakan bayaran yang diterima oleh Asif dari Syahmi Sazli Production untuk membeli barang terlarang dan bermain judi.

“Lama simpan, lama aku jaga aib abah sendiri… Tapi tak mampu lagi dah... Siapa yang kenal diri aku ni, aku tak minat nak up benda-benda negatif macam ni tambah-tambah keluarga sendiri. Tapi minta maaf makin buar makin teruk peel perangai.

“Betul… Syahmi ada buat bayaran RM 7000 dan Kak Tina bank in duit hanya RM 4000 dekat abah dan baki RM 3000 lagi untuk simpanan Asif.

“Kenapa tak bagi je abah 100%? why? Kalau tanya jiran sekeliling, anak beranak, sepupu sepapat, semua tahu abah ni macam mana.

“Syahmi dan Nissa pun ada nasihat suruh simpan jugak saving untuk Asif sebab tahu dah kalau dapat ke Suhaimi memang tak akan nampak hasil.

BACA: “Tok Sey, Nga Dio Jah, Ore Lain Dop” - Asif Suhaimi & Yoe Parey Hanya Berlakon Kalau Ada Syahmi

“Hasil dia adalah duduk pening dengan kuda dalam bilik duk main spin! Sampai tahap Asif mengadu.

“Kedua, baki RM 3000 tu simpan mana? Buat apa? Beli barang keperluan Asif, kadang-kadang aku transfer dekat sepupu rapat dengan Asif untuk beli makanan harian senyap-senyap tanpa pengetahuan bapak aku. Sebab? Kalau dia tahu memang dia akan tekan-tekan minta duit dengan sepupu aku tu.

“Kau rasa sejak bulan dua bayaran masuk tu, sampailah bulan enam ni ada lagi ke baki tu? Hutang Ah Long kau RM 3000 siapa bayar?

“Aku… hutang dengan kawan-kawan kau sebab kau ambil pil kuda tapi tak bayar last-last kawan kau cari adik aku Asyraff, end up aku juga yang tolong selesaikan.

“Cukup-cukuplah dengan peel perangai kau dari zaman kau dengan mama aku kau buat naya tinggal hutang keliling pinggang, sampai mama kena settlekan semua… Cukup-cukuplah Suhaimi,” dedahnya.

Selain itu, Atina juga mendedahkan bahawa bapa mereka secara terang-terangan menghisap dadah di hadapan Asif yang merupakan orang kelainan upaya (OKU).

“Allah maha adil dia buka satu per satu cerita. Sekarang jadi lagi. Tahap kesabaran aku ada limit juga.

“Bertahun aku sabar hadap peel bapak aku yang tak macam manusia lain. Ada ke bapak dalam dunia ni sanggup hisap dadah depan anak OKU?

“Hari-hari Asif hadap benda ni. Untuk pengetahuan semua, Asif tinggal dengan abah, sebelum ni Asif datang rumah Kak Tina seminggu 2 kali kadang-kadang tinggal sampai tiga hari dalam satu minggu.

“Datang pun BERBAYAR gais… Manusia bernama Suhaimi akan minta bayaran dan bukti aku transfer duit setiap kali aku ambil adik aku sendiri aku simpan semua.

“Kadang-kadang aku pss duit cash dekat driver aku masa pick up Asif dekat rumah abah... Duit barang dapur? Aku tak pernah miss setiap bulan.

“Sama ada beli barang dapur direct hantar, atau bank in masuk dalam akaun adik aku Asyraff untuk belikan.

“Sebab kalau bagi cash? Tak dapat la der. Beras yang aku beli pun kadang-kadang dia jual balik sebab apa? DADAH!“ jelasnya.

Tidak menyesal dengan pendedahan yang dilakukan, Atina mengakui kesabarannya sudah mencapai limit dan hal tersebut tidak boleh dibiarkan lagi.

“Cukup sabar… Aku dah cukup sabar tapi maafkan aku, biarlah aku berdosa buka aib bapak aku sendiri daripada aku terus kena fitnah berkali-kali lagi dan lagi...

“Ini first dan last aku tulis pasal manusia ni. Korang nak percaya atau tidak terpulang. Waktu aku sangat lah berharga untuk aku melayan benda-benda macam ni yang bagi aku sangat tidak masuk akal.

“Alu duk meniaga siang malam cari duit, hantar duit bulan-bulan dekat bapak aku yang tak pernah jaga aku dari kecil tapi ini yang aku dapat…

“Kau memang manusia tak kenang budi! Banyak lagi benda boleh ungkit tapi aku malas. Cukup ini sahaja dulu.

“Sebelum ni aku diam… Lama diam… Makan tahun, kali ini aku fight habis-habisan,” tegasnya.

Baca pendedahan penuh Atina di bawah: