,
Laman Utama

“Tok Sey, Nga Dio Jah, Ore Lain Dop” - Asif Suhaimi & Yoe Parey Hanya Berlakon Kalau Ada Syahmi

Mya Amri
21/06/2022
09:30 MYT
Keikhlasan dan keakraban hubungan persahabatan tiga bintang YouTube popular iaitu Asif Suhaimi, Yoe Parey dan Syahmi Sazli sememangnya tidak perlu dipersoalkan lagi.
Bermula dari penglibatan mereka dalam filem Syif Malam Raya, Mael Totey The Movie sehinggalah yang terbaharu, 35mm, tiga sekawan ini tetap bersama.
Disebabkan keakraban itu jugalah Asif dan Yoe hanya akan menerima tawaran berlakon sekiranya Syahmi terlibat sama.
“Saya hanya dengan Syahmi sahaja dengan orang lain tak. Sebab saya tak boleh dengan orang lain. Cukup baik dengan Syahmi, doakan yang terbaik untuk saya,” kata Yoe.
“Tak mahu, saya hanya boleh dengan Syahmi sahaja. Sebab selesa, senang dan mudah dengan Syahmi,” ujar Asif pula.
Melihat sahaja reaksi mereka berdua pun sudah cukup untuk mengetahui keperibadian sebenar Syahmi.
Asif dan Yoe ditemui Gempak sebelum mengadakan rakaman program Gempak TV di Studio 3, Astro pada Isnin.
Gempak TV yang dihoskan oleh Isha dan Daniel ini bersiaran setiap Rabu, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Dalam perkembangan terbaharu, Asif, Yoe dan Syahmi muncul bersama filem terbaharu mereka, 35mm yang ditayangkan bermula hari ini.
Saksikan 35mm hanya di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 Jun 2022.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau pilihan yang lebih fleksibel, 35mm juga boleh distrim di Astro Go dan On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (dua hari) secara berulang-ulang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Kalau Diboikot Sebab Bersuara Untuk Kebaikan, Tak Apo Mi Reda…” - Syahmi Sazli

gempak
07/08/2023
06:00 MYT
Syahmi dan Nissa mohon maaf.
Laman Utama

Kakak Asif Suhaimi Dedah Perangai Sebenar Bapa, Hisap Dadah, Pil Kuda & Hutang Ah Long - "Lama Jaga Aib Abah, Tak Mampu Dah…"

gempak
22/06/2023
05:45 MYT
Kakak Asif dah lama bersabar dengan perangai bapa.
Laman Utama

“Alhamdulillah Rezeki Allah Bagi Duit Raya” - Filem Syahmi Sazli, Satu Hari Sebelum Raya Kini Raih RM1 Juta

gempak
24/04/2023
04:27 MYT
Alhamdulillah.
Laman Utama

“Jangan Berhenti Buat Cerita Best Macam Ni” - Penonton Puji Syahmi Sazli, Satu Hari Sebelum Raya Banyak Mesej Tersirat

gempak
13/04/2023
14:29 MYT
Alhamdulillah.
Laman Utama

Syahmi Sazli Muncul Dengan Filem Satu Hari Sebelum Raya, Bakal Undang Air Mata - “Saya Gementar…”

gempak
04/04/2023
06:49 MYT
Cayalah Syahmi!