Hiburan

“Kalau Ada Jodoh Dengan Zul Ariffin Ada, Kalau Tiada Maka Tidak Ada” - Gayatri

gempak
Firdaus
24/04/2024
09:55 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Ada Jodoh Dengan Zul Ariffin Ada, Kalau Tiada Maka Tidak Ada” - Gayatri
Penerbit filem terkemuka tanah air, Gayatri Su-Lin Pillai masih tidak mengesahkan khabar angin bahawa dia adalah wanita yang disebut-sebut bakal menjadi isteri aktor popular, Zul Ariffin.
Ketika ditemui Gempak, Gayatri masih merahsiakan status sebenar hubungannya bersama Zul.

Selesa Berdiam Diri

Menurut Gayatri, dirinya lebih selesa untuk berdiam diri dan berpegang kepada prinsip itu sejak dari awal mengenali pelakon lelaki tersebut.
"Saya sudah biasa, dari dulu akan cakap perkara serupa. Kalau ada jodoh, ada. Kalau tiada, maka tidak ada. Saya ini seorang penerbit, bukannya bahan yang menarik untuk netizen bercerita. Mungkin mereka nak tahu hal ini dari Zul sebenarnya.
"Namun daripada saya sendiri, saya tidak akan komen," katanya ketika ditemui pada majlis tayangan drama Restu terbitan Infinitus Entertainment Malaysia Sdn Bhd di platform Iqiyi, di sini, semalam.

Ada Hasrat Nak Berkahwin

Berkongsi lebih lanjut, Gayatri tidak menafikan dirinya menyimpan hasrat untuk mempunyai majlis perkahwinan sendiri.
"Tentulah, saya ini perempuan. Mestilah teringin nak pakai baju pengantin yang bagaimana, pendek kata majlis perkahwinan idaman.
"Namun sekarang, usia saya pun dah masuk 49 tahun. Kalau saya ini tergesa-gesa nak berkahwin, dari dulu lagi saya dah kahwin. Bukan kata kahwin itu tidak penting, tetapi ia bukan sesuatu yang dari dulu saya tekankan.
"Macam saya cakap, kalau jadi, jadilah. Katau bukan dengan Zul, mungkin dengan orang lain,"katanya.
Dalam pada itu, Gayatri sempat berkongsi hubungan baiknya dengan ibu Zul, Allahyaham Robiah Nasir, di mana dia memberitahu ibu pelakon tersebut menjadi tempatnya sebagai tempat menumpang kasih.
"Jujurnya, saya dengan arwah ibu Zul sangat rapat. Saya sangat sayangkannya. Bila ibu dan ayah meninggal dunia, saya kadangkala terasa manukan kehadiran sosok atau figura seorang lou dalam hidup ini.
"la tidak bermaksud kita nak kongsi apa-apa pun. Tetapi kerana kita rindukan belaian dan kasih sayang daripada seorang ibu.
“Sebenarnya, saya ini anak manja. Masa ayah meninggal dunia, agak lama juga saya nak ‘pulih' kerana dunia saya bagaikan tiba-tiba jadi gelap,” ujarnya.
Terdahulu, Zul dikatakan pernah menjalinkan hubungan cinta bersama Gayatri pada tahun 2012 namun berpisah selepas tiga tahun.
Sering kelihatan bersama, pelakon filem Sheriff itu bagaimanapun menepis dakwaan cinta mereka kembali bertaut pada sekitar tahun lalu.

BERITA TRENDING: "Daripada Dulu Mak Saya Memang Sayang Dia" - Raya Bersama, Zul Ariffin Anggap Gayatri Seperti Keluarga Sendiri

BERITA TRENDING: Tak Mahu Tangguh Perkara Baik, Zul Ariffin Dedah Bakal Dirikan Rumah Tangga Akhir Tahun Ini?

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live