Hiburan

"Kalau Ada Orang Nak, Saya Okay Saja" - Wan Maimunah Sedia Berkahwin

gempak
Asraf Aided
28/05/2019
05:42 MYT
Sponsor Banner
"Kalau Ada Orang Nak, Saya Okay Saja" - Wan Maimunah Sedia Berkahwin
Pelakon senior berbakat, Wan Maimunah bersedia untuk berkahwin sekiranya bertemu calon yang sesuai dengan dirinya.
Menurut Maimunah, dia bukan sekadar mahu berkongsi kehidupan dengan pasangan, tetapi aspek kekeluargaan juga harus diambil kira sebelum mendirikan rumah tangga lagi.
"Kalau ada orang yang nak, saya okay saja, saya bersedia jika ada calon yang sesuai.
"Saya bersedia untuk berkongsi kehidupan saya, namun, aspek kekeluargaan juga harus diambil kira.
"Saya mahu kehidupan berkeluarga, jika saya berkahwin dengan seorang lelaki berstatus duda yang mempunyai anak, lebih elok jika saya mempunyai hubungan yang baik dengan anaknya itu," katanya kepada Gempak.
Pelakon yang sinonim dengan watak sedih ini ditemui di Majlis Tautan Kasih bertempat di Arina Skyview, Kuala Lumpur semalam.
Dalam perkembangan lain, Maimunah kini kembali aktif menjalani sesi penggambaran untuk beberapa drama tempatan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live