Hiburan

"Kalau Bebas Pun Belum Tentu Boleh Buat" - Farid Kamil Khatam Quran & Solat Tahajjud Dalam Penjara

gempak
Amri Hassan
06/02/2020
02:14 MYT
Sponsor Banner
"Kalau Bebas Pun Belum Tentu Boleh Buat" - Farid Kamil Khatam Quran & Solat Tahajjud Dalam Penjara
Pelakon Datuk Farid Kamil mendedahkan dia sempat menghabiskan proses khatam al-Quran dalam tempoh sebulan sepanjang ditahan di Penjara Kajang tahun lalu.
Selama tempoh tahanan dua bulan setengah itu kata Farid dia merasai pelbagai pengalaman baharu dalam hidup yang tidak ternilai.
"Secara umumnya dalam kebaikan ada keburukan, sepanjang saya di sana (penjara) ada banyak pengalaman baru yang sukar diterjemah dengan kata-kata.
"Apa yang menarik di sana, penerimaan mereka terhadap saya membuatkan saya terharu.
"Mereka kenal saya dan memberi sokongan kepada saya, jangan jatuh tapi bangun semula dan terus berlari.
"Banyak perkara yang saya tak pernah buat dalam hidup saya dapat buat contohnya bangun solat sunat tahajud dan khatam al-quran dalam sebulan. Itu priceless!
"Sedangkan dalam keadaan bebas pun belum tentu 30 hari dapat buat semua itu, tetapi saya pula diberi peluang untuk merasai semua itu dan disitu dapat menilai diri saya," katanya selepas majlis pelancaran Sifu International Enduro Championship 2020 dan treler Remp-it 2 di Route 88 Harley Davidson Kuala Lumpur semalam.
Tambah Farid, situasi dalam penjara tidak seperti yang digambarkan seperti dalam filem.
"Pada dasarnya sehari dua di sana, saya visualkan ia sama seperti filem tetapi realitinya berbeza.
"Namun saya bersyukur diberikan kesempatan bertaubat dan mengalami perasaan yang orang lain tak dapat," ujarnya.
Pada 15 Mei tahun lalu, bintang filem Lagenda Budak Setan itu dikenakan hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas kesalahan mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC).
Selepas menjalani hukuman di Penjara Kajang, Farid dibenar menangguhkannya sehingga rayuan selesai.
Farid bagaimanapun perlu membayar jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, manakala pasport diserahkan ke mahkamah sehingga kes selesai.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024