Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Kalau Boleh Nak Dia Jadi Ustazah" - Che Ta, Zain Saidin Enggan Anak Perempuan Jadi Pelakon

Ernalisa
27/10/2024 09:55 MYT
Pelakon jelita Che Ta dan suaminya Zain Saidin menolak semua tawaran berlakon yang diberikan kepada anak perempuan mereka Aaisyah Dhia Rana, 10.


BERITA BERKAITAN: Kisah Cinta Phoebe & Ejoi Menang Anugerah Drama Bersiri Terbaik (Anugerah Media Baharu) Di ASA2024

BERITA BERKAITAN: Alami Keracunan Makanan, Che Ta Dimasukkan Ke Hospital - "Dah 10 Tahun Tak Masuk Hospital, Kali Terakhir Ketika ..."

BERITA BERKAITAN: Zain Saidin Tak Risau Aaisyah Suka Bersolek, Anggap Bersiap Bukan Satu Masalah - “Dia Dalam Fasa Membesar…”

BERITA BERKAITAN:Dedah Aib Fattah, Peguam Beritahu Fazura Boleh Disabitkan Hukuman Penjara Kerana Hina Perintah Mahkahmah

Hal ini kerana jelas Che Ta, dia dan suami tidak mahu puteri kesayangan mereka itu terbeban dengan dunia pekerjaan dalam usia terlalu muda.

"Kami tahu nak jadi pelakon bukan senang. Kalau shooting pagi kena mangkit pagi... Bersiap awal.

"Kena pergi sana kena pergi sini.. semua itu akan membebankan dia dalam umur dia tak sepatutnya. Itu pandangan peribadi saya untuk anak saya.

"Jadi kami tak mahu Aaisyah teganggu..rasa penat dengan sekolah dan kerja. Bukan masa dia lagi," katanya kepada Gempak.


Mengakui anaknya mempunyai kecenderungan ke arah dunia seni, Che Ta bagaimanapun bertegas tidak mahu Aaisyah terlibat dalam dunia lakonan.

Malah dia dan Zain lebih mengharapkan anaknya memilih kerjaya berlandaskan ilmu agama suatu masa nanti.

"Kami tak mahulah Aaisyah jadi pelakon. Dia memang minat. Kadang bila dia tahu yang dia dapat tawaran berlakon nanti dia tanya kami 'mommy macam mana, ok tak? Kami cakap 'no!"

"Kami tak harap dia jadi peguam. Kami kalau boleh nak dia jadi ustazah. Biarlah kalau boleh dia hidup seimbang terutama ke arah akhirat.


"Sekarang ini Aaisyah pun dah mula faham ini dosa... ini boleh... ini tak boleh. Cuma bab dia nak pakai tudung kenalah bagi masa.


"Insya-Allah bila akil baligh kami tahu macam mana nak didik dia. Insya-Allah. Jangan cakap kami tak pandai jaga anak pulak," tegasnya.

#Anak #Che #Ta #Ustazah #Nak #Jadi
;