Pelakon jelita Rozita Che Wan dimasukkan ke hospital petang Isnin disyaki akibat keracunan makanan.
Che Ta memberitahu Gempak, dia mula mengalami muntah-muntah dan cirit-birit sejak malam kelmarin akibat salah makan.
“Lepas itu dah makan ubat, cirit-birit. Lepas pergi klinik tak tahan, pergi hospital terus kena tahan,” kata Che Ta ringkas.
Disebabkan itu, beberapa jadual penggambaran yang sepatutnya dilakukan hari ini juga terpaksa dibatalkan.
“Patutnya kami ada beberapa sesi penggambaran yang perlu dihadiri, tapi sebab tak sihat macam ini terpaksalah tunda ke hari lain.
“Kesian kawan-kawan lain,” katanya.
Che Ta yang masih dalam keadaan lemah bagaimanapun berseloroh bahawa dia sudah tidak tahan untuk berada di hospital terlalu lama.
“Memang rimaslah duduk di hospital lama-lama. Rasanya dah 10 tahun saya tak masuk hospital.
“Kali terakhir masuk hospital waktu lahirkan Aaisyah… mana kami tak rimas.
“Kami dah cakap dengan doktor kami nak keluar hari ini. Tapi doktor cakap tak boleh dulu,” katanya.
Che Ta yang telah dua hari dimasukkan ke hospital kini masih lagi dalam pantauan pihak doktor.