Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Kalau Buat Lagi Saya Laporkan Pada Polis" - Shiera

Amri Hassan
11/01/2024 06:49 MYT
"Di mana Aman Graseka? Sila jelaskan,” demikian permintaan penyampai radio, Sharifah Shahirah kepada Aman Graseka yang dipercayai banyak memohon bantuan kewangan dari rakan-rakan artis.

Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera sebelum ini ada membuat perkongsian di Instagram (IG) mengenai kesusahan yang menimpa Aman.

Shahirah meminta bantuan agar pelakon senior tersebut tidak akan lagi perlu meminta wang daripada rakan-rakan selebriti lain dalam industri seni.

Bagaimanapun, pengikut di laman sosial dan juga ramai rakan artis yang menyuarakan kebimbangan atas kesahihan kesukaran hidup yang dihadapi oleh Aman. Justeru, Shahirah memohon Aman tampil menjelaskan situasi sebenar.

“Kalau tidak pun, sekurang-kurangnya sila cakap terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana membantu. Baru-baru ini dia cakap sudah-sudahlah Kak Shiera bercakap pasal benda ini, habis itu mengaku sajalah dan meminta maaf.

“Sekarang ini orang ramai kata saya bodoh sebab percaya pada ‘scammer’. Kalau dia kena scam pun, dia jelaskanlah. Mungkin juga dia dikenakan agen, seperti orang jual tisu, ada agennya. Tapi saya percaya dia orang baik.

“Ramai rakan artis menelefon saya mengadu mengenai perkara ini. Ada yang berkata situasi ini sudah berlanjutan selama tiga tahun. Jadi saya ada suarakan kepada Aman untuk berhenti meminta.

“Saya kata kalau buat lagi, saya laporkan pada polis jadi dia kata dia tak nak buat dah sebab polis boleh tengok maklumat terperinci.

“Dengan saya dia mengaku itu dan minta jangan perbesarkan dan saya cakap jangan buat lagi dan dalam dua tiga hari ini dia senyap. Kalau boleh saya pun tidak mahu besarkan perkara ini,” katanya.

Berikutan itu, Shiera memohon pihak Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) untuk siasat mengenai perkara ini dan mungkin boleh mengadakan lawatan bagi meninjau keadaan terkini Aman.

“Mungkin ada artis yang tertekan tapi kita tak tahu, jadi mungkin SENIMAN boleh siasat. Sebab mengenali Aman, dia tidak pernah begitu tapi selepas berkahwin dia agak pelik, mungkin dia susah selepas berkeluarga,” katanya.

Sebelum ini Shahirah ada memuat naik tangkap layar mesej Aman memohon bantuan bagi memberi anak-anaknya makan.

“Semoga pagi Jumaat ini ada rezeki anak-anak hamba nak buat makan,” tulis teks berkenaan.

BERITA TRENDING: "Kau Ingat! Kau Ada Aib!" - Terkilan Anak Dihalang Jumpa Bekas Suami, Mas Idayu Buka Mulut!

PILIHAN PEMBACA: "Syukur Mampu Teruskan Majlis Walaupun Dia ..." - Aman Graseka Selamat Bersanding, Isteri Bunting…

#pelakon #Viral #Shiera #Scam #Duit #Aman Graseka
;