Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Kalau Dah Lenjan 15 Jam Ironman, Solat Kat Mana?" - Netizen Tanya Perihal Sembahyang, Ini Jawapan Alif Satar...

Zulaikha Yusof
30/10/2019 00:18 MYT
Selebriti serba boleh, Alif Satar mendedahkan bagaimana dia menunaikan solat semasa menyertai cabaran Ironman Langkawi 2019 baru-baru ini.

Jelas Alif, pihak penganjur telah menyediakan tempat khas bagi umat Islam menunaikan kewajipannya.

"Ada ruang solat di transition 2 (bike to run). Bila amik wudhu ada volunteer tolong pegangkan botol.

"Penganjur Ironman sediakan ruang khas untuk atlet Muslim," tulisnya.

Alif menulis jawapan sedemikian sebagai respon terhadap soalan netizen di ruangan komen akaun Instagram (IG) miliknya.

"Maaf tanya.. Kalau dah lenjan 15 jam macam tu, solat kat mana ye?

"Mereka ada stop solat ke? Maaf bertanya," soal netizen tersebut.

Alif atau Muhamad Alif Mohd Satar, 29, melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menamatkan kesemua cabaran Ironman Langkawi dalam masa 15 jam 5 minit sejauh 3.8 kilometer (km) berenang, 180 km berbasikal dan 42 km berlari.

BACA: “Tony Stark Is Not Ironman, I Am” - Alif Satar Berjaya Tamatkan Cabaran Dalam Masa 15 Jam!

Ia merupakan percubaan kedua penyanyi lagu Sesungguhnya Aku itu dalam cabaran sama.

Tahun lalu, Alif mencatatkan masa enam jam 42 minit untuk menamatkan perlumbaan keseluruhan sejauh 112.7 km, membabitkan berenang sejauh 1.6 km, berbasikal 90 km dan berlari sejauh 21.1 km.
#pelakon #Penyanyi #Alif Satar #Pelakon #Penyanyi #IronMan
;