Juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), Datuk Ramli MS mengakui terkejut dengan prestasi luar biasa Aweera yang memberikan persembahan memukau pada konsert separuh akhir pada Ahad.
Jelas Ramli atau lebih dikenali sebagai Tok Ram, meskipun berada di kedudukan teratas pada konsert separuh akhir, persembahannya itu kurang 30 peratus daripada sesi latihan tiga hari lalu.
"Aweera tu masa rehearsal 30 peratus lagi bagus! Dia bertukar daripada 9 minggu, macam bukan dia yang menyanyi.
"Hari ini bagus tapi dua hari lepas lagi jauh. I'm very happy for him. Terus terang saya jamin, nyanyian Aweera dua hari lepas boleh pijak semua orang. Tapi saya faham mungkin ada faktor lain yang mempengaruhi ketika konsert, gugup misalnya," puji Ramli.
Mengulas mengenai dakwaan segelintir netizen Aweera kerap mendapat lagu 'makanan' sepanjang di GV8, Ramli menyifatkan ia bukan tiket untuk membuat persembahan sambil lewa. Malah, ada antara lagu yang dikatakan lagu 'makanan' Aweera kurang memuaskan hati juri dalam beberapa konsert sebelum ini.
"Kalau nak kata dia dapat lagu 'makanan' dia, sebelum-sebelum ini pun 'makanan' dia tapi hancur. Dia berjaya menjiwai lagu dan execute persembahan dengan baik, teknikal dia pun bagus," tambah Ramli.
Aweera yang menyanyikan lagu Kerja Gila dan Fantasia Bulan Madu (Search) menduduki tempat pertama dengan kutipan markah sebanyak 81.3% sekali gus layak ke pentas akhir GV8 yang akan berlangsung pada 23 Januari ini.
Untuk konsert akhir nanti Aweera akan menyanyikan lagu Beggin (Maneskin) secara solo dan bakal berduet dengan Liza Hanim menerusi lagu Sepi (Aina Abdul).
Dalam pusingan battle pula, Aweera akan bertemu dengan Aliff Aziz menerusi lagu rap Bangun (Aman Ra).
GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.
Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.
Amri Hassan
Mon Jan 17 2022
_1.png?ext=.png)
.jpg?ext=.jpg)
Seputar Selasa: Ellie Suriaty & Azri Bercerai Selepas 19 Tahun, Mira Filzah Tidur 1 Jam Je? Siapa GF Sufian Suhaimi? Lofa Takut Lipas?
Terlepas cerita hari ini?
.jpg?ext=.jpg)
Victoria Beckham Kata Trend Badan Kurus Sikap Kuno: “Wanita Sekarang Mahu ….”
Victoria Beckham yang terkenal dengan citarasa fesyen tinggi mengatakan sikap wanita moden yang menilai kecantikan sudah berubah.

Awal Nafi Langgar Palang Rumah, Hanya Tolak Pakai Tangan; “Saya Bukan Iron Man”
Langgar ke tolak pagar?

Kaki Karok Memang Patut Tonton Karaoke Superstar, Confirm Menggamit Kalbu! Ada Zamani, Nash, Ameng Spring, Rahmat Mega
Kaki karok confirm suka!

Tom Holland Pernah Rasa Lakonan Teruk? Ini 5 Fakta Menarik Uncharted!
Sewa & strim sekarang!

Ruhainies Tak Mahu Jaja Kisah Mr E Lagi - "Biar Saya & Keluarga Saja Yang Tahu"
Ruhainies nak fokus kerjaya.

“VVIP Makan Tepi Jalan?”- Layan Laksa Kampung Baru, Datin Paduka Eina Azman Dipuji Ramai! Humble Betul!
Eina juga tanpa berkira terus memberi...

Yuna Sedih Anak Saudara 17 bulan Meninggal Akibat Covid-19 Selepas 12 Jam Bertarung Nyawa
Innalilah...

“Maki-Maki Lepas Tu Minta Maaf Pada Saya” - Penangan Datin Mona, IG Ziema Din Pernah Kena Serang
Memang betul-betul buat orang benci Datin Mona ni.

Awal Ashaari Didakwa Lakukan Khianat Rosakkan Palang Pagar
Pengacara popular, Awal Ashaari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur pada Selasa terhadap pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan perumahan.