Penerbit filem, Datuk Ayu Puteh akui akan merestui hubungan Pencetus Ummah (PU) Riz dengan anaknya, pelakon Wanna Ali sekiranya mereka mahukan hubungan yang lebih serius selepas ini.
Menurut Ayu, kontroversi tularnya foto lucah yang didakwa mirip PU Riz tidak menjejaskan tanggapan negatif terhadap pendakwah yang kini bergelar pelakon itu.
"Riz dan anak saya kini berteman rapat, itu yang boleh saya katakan, namun sekatat ini, hubungan mereka tidak lebih dari itu.
"Bercakap mengenai kontroversi foto lucah yang dikatakan mirip Riz, saya langsung tak percaya, saya betul-betul mengenali Riz dan ia tidak membuatkan saya untuk tidak menyukai dirinya.
"Kalau hubungan mereka semakin serius pun, saya restu," kata Ayu kepada Gempak.
Ayu ditemui di Majlis Jamuan Hari Raya Pencil Pictures & Records bersama Pusat Tahfiz Syabab yang diadakan di Kepong, Kuala Lumpur pada Selasa.
PU Riz membintangi sebuah filem terbaru terbitan Pencil Pictures & Records yang berjudul Ada Apa Dengan Dosa.
Pagi Selasa lalu, tular foto lucah seorang lelaki yang memegang alat sulit dikatakan mirip PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Ismail.
Difahamkan, Riz menafikan foto itu adalah dirinya dan telah membuat laporan polis berkenaan penyebaran gambar lucah terbabit.
BACA : "Jika Dia Tersentuh Tangan Anak Saya Sekalipun, Berkali-Kali Dia..." - Isu Gambar Lucah, Ayu Puteh Yakin Foto PU Riz Disunting