Laman Utama

“Kalau Ini Tukang Hantar, 10 Kali Oder Pun Sanggup!” - KJ Berlakon Jadi Rider! Ramai Usik, Habislah Job Remy Ishak Kena Caras

gempak
Mya Amri
26/10/2023
02:55 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Ini Tukang Hantar, 10 Kali Oder Pun Sanggup!” - KJ Berlakon Jadi Rider! Ramai Usik, Habislah Job Remy Ishak Kena Caras
Bekas Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ mencuri perhatian netizen selepas muncul dalam satu iklan untuk jenama produk makanan terkenal.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, KJ juga berkongsi iklan pendek yang menunjukkan karakter dirinya sebagai seorang penghantar makanan (rider).
Apa yang membuatkan netizen berasa teruja adalah, bekas menteri kesayangan ramai ini kelihatah tidak kekok malah lakonannya juga sangat bersahaja.
Malah, KJ juga turut menyelitkan aksi komedi dalam dialognya ketika berbual bersama orang kampung membuatkan netizen menyukainya.
Disebabkan bakatnya dalam bidang lakonan terserlah, netizen mula mengusiknya dengan memetik nama pelakon yang dikenali dengan jolokan hero Malaya iaitu Remy Ishak berkenaan dengan tawaran lakonan.
“Alamak cip! Hilanglah job Remy Ishal lepas ni,”
“Remy Ishak dah boleh duduk tepi dah lepas ni hahaha,”
“Pandai pula berlakon KJ ni, okay kita lock jadi pelakon please,”
Tidak cukuo dengan itu, ada juga yang bergurau sanggup membeli produk makanan itu dengan jumlah yang banyak semata-mata mahu KJ hantar ke rumah mereka.
“Kalau delivery boy yang ni, oder 10 kali pun sanggup,”
“Saya nam KJ yang hantar, kalau orang lain saya nak refund hahah,”
“Kalau KJ yang hantar memang setiap hari confirm kita oder!”
Untuk info, sebelum ini KJ pernah terlibat dengan lakonan untuk satu video pendek mengenai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bersama aktres Vanidah Imran pada tahun 2018.
KJ juga turut terlibat dalam satu lagi filem pendek berjudul Inspektor Mastura dan memegang watak sebagai penjual ayam percik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live