gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Tema ‘Throwback’ Jadi Cabaran, Bintang Mana Pula Yang Akan Gugur Malam Ini?
BERITA
PDRM Larang Aktiviti Berbasikal Di Lebuh Raya, Peraturan Sudah Lama Ada - "Individu Bersalah Boleh Dikenakan Denda ..."
HIBURAN
Pernah Bercinta Dengan Penyanyi, Zeera Aziz Tak Simpan Dendam Lepas Berpisah - “Saya Gembira Dengan Kejayaan Yang…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

"Kalau Nampak Kami Bersama..."- Nafiez Zaidi Jawab Hubungan Dengan Neera Azizi

Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
26/08/2023
02:33 MYT
Sponsor Banner
"Kalau Nampak Kami Bersama..."- Nafiez Zaidi Jawab Hubungan Dengan Neera Azizi
"Kalau Nampak Kami Bersama..."- Nafiez Zaidi Jawab Hubungan Dengan Neera Azizi
Pelakon Nafiez Zaidi menjelaskan hubungan dengan pendatang baharu, Neera Azizi hanya sebagai teman meskipun dilihat mesra baru-baru ini.
Pun begitu, kata Nafiez atau Abdul Nafis Abduzaidi, 31, dia tidak menolak sekiranya hatinya terbuka untuk bercinta dengan wanita itu.
“Saya dah lama kenal Neera dan banyak kali bekerja sama. Kami rapat hanya sebagai kawan sahaja.
“Kalau nampak kami keluar bersama, itu hanyalah hubungan sebagai kawan sahaja.
“Buat masa sekarang kami tak pernah cakap pun nak bercinta. Tapi kalau ada jodoh dengam dia saya tak menolak,” katanya.
Kemesraan Nafiez dan Neera mula menjadi perhatian apabila mereka hadir bersama di malam filem Malbatt: Misi Bakara baru-baru ini.
Dalam perkongsian di laman Instagram, ramai yang menyangka mereka bercinta kerana dilihat bergambar di mana Neera merangkul tangan Nafiez.
Tambah Nafiez dia juga kini terbuka untuk kembali bercinta selepas hubungan istimewa dengan pelakon Fify Azmi berakhir sekitar April lalu.
“Saya dengan Fify dah putus beberapa bulan lalu. Saya dah move on. Kalau ada yang baru datang saya terima.
“Tapi buat masa sekarang tidaklah terlalu memikirkan ke arah bercinta kembali. Just go with the flow,” ujar.
Sementara itu Nafiez juga turut mendoakan kebahagian Fify yang kini mengakui rapat dengan rakan artis, Syazwan Zulkifly.
Baru mengatahui tentang hubungan mereka, Nafiez juga tidak pernah merasaka kekok untuk berjumpa atau bekerja dengan Syazwan.
“Itu hal mereka. Saya dengan Syazwan okey sahaja. Dia tak pernah beritahu tentang hubungan dengan Fify, tunggu juga dia bercerita.
“Hubungan saya dan Fify berakhir dengan baik. Tiada masalah antara kami. Kita doakan yang terbaik untuk mereka,” jelasnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement