Hiburan
“Kalau Nampak Sila Lapor” - Pelakon Polis Evo 2 Sertai Kempen Anti Cetak Rompak GSC Helpline
Golden Screen Cinemas (GSC) melancarkan talian secara terus kepada panggung, GSC Helpline yang bertujuan untuk mencegah cetak rompak.
Menurut Ketua Pegawai Ekskutif GSC Sdn Bhd, Koh Mei Lee kemudahan talian secara terus itu diwujudkan untuk melaporkan sebarang aktiviti rakaman secara haram yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“GSC berusaha untuk memberikan pengalaman sinematik kepada penonton namun pengalaman itu akan rosak sekiranya berlaku aktiviti merakam secara haram.
“Apabilla anda merakam dan berkongsi klip rakaman tersebut di laman sosial, perkara itu boleh menjejaskan kepuasan penonton lain yang mahu menikmati filem itu.
“Tidak kiralah walaupun hanya sedikit sedutan, perkara tu tetap merosakkan pengalaman penonton lain.
“Rakaman-rakaman yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu juga adalah satu tindakan yang menyalahi undang-undang hak cipta sesebuah filem dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
“Jadi kami mengambil inisiatif dengan melancarkan kemudahan helpline yang diletakkan diluar panggung bagi membantu penonton melaporkan aktiviti haram berkenaan," jelasnya.
Dalam pada itu, kempen ini juga turut mendapat kerjasama Astro Shaw dan barisan pelakon filem Polis Evo 2, Shaheizy Sam, Zizan Razak dan Hasnul Rahmat yang dilancarkan di GSC Pavilion, Kuala Lumpur pada Rabu.
“Saya harap kempen ini dapat memberi kesedaran kepada mereka diluar sana supaya tidak merakamkan sesebuah tayangan filem dan kemuduan memuat naik di laman sosial.
“Kerana perbuatan itu sememangnya tidak patut dilakukan. Kalau nampak, sila lapor,” ujar Sam..
Masih mengekalkan pelakon asal seperti Shaheizy Sam dan Zizan Razak, wajah-wajah baru dalam PE2 ini juga tidak kurang hebatnya.
Antaranya, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Hairul Azreen, Soffi Jikan, dan Syafie Naswip.
Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw, Surya Citra Media (SCM) dan produksi oleh BlackFlag ini telah menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 20 November lalu.
Dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran Polis Evo 2 di pawagam!
Must-Watch Video