Busana yang digayakan oleh penyanyi, Aina Abdul di Konsert A Night With Aina Abdul 2.0 yang berlangsung baru-baru ini sememangnya menjadi perhatian netizen.

Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya setiap busana yang digayakan oleh Aina itu mendapat persetujuan daripada ibunya.

Menurut Aina, dia perlu mendapatkan keizinan ibunya terlebih dahulu sebelum tampil dengan pakaian pada malam konsert berkenaan.

“Mak teman saya dalam sesi raptai penuh untuk dua hari dan memang itu tradisinya. Mak sekurang-kurangnya harus menonton bentuk persembahan dan juga baju saya sebab dia adalah jabatan netizen nombor satu saya.

“Jadi mak meluluskan semua baju-baju saya. Itu sahaja yang saya perlukan. Kalau mak setuju dan kalau orang lain rasa pelik, saya tidak kisah sebab mak saya restu,” katanya ketika ditemui Gempak.

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)


Antara pakaian mendapat perhatian adalah busana yang digayakan Aina pada konsert malam pertama dimana ia menggunakan perincian lebih 150 unit rambut sebenar sebagai material utamanya.

Busana tersebut dibuat oleh pereka terkenal, Melinda Looi.

BACA: "Rambut Di Baju Saya Itu Adalah Real Hair" - Guna Lebih 150 Unit Rambut, Baju Rare Aina Abdul Di Konsert Jadi Tumpuan

Konsert yang berlangsung dengan sukses selama dua hari bermula 25 Jun di Istana Budaya, Kuala Lumpur itu menyaksikan kemantapan vokal dan persembahan A Class daripada Aina Abdul.