Hiburan

"Kalau Rasa Perlukan Mama, Baliklah..." - Abby Abadi

gempak
Amri Hassan
08/03/2024
06:11 MYT
Sponsor Banner
"Kalau Rasa Perlukan Mama, Baliklah..." - Abby Abadi
Pelakon Abby Abadi mendedahkan kali pertama bertemu semula dengan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim selepas kontroversi rumah tangganya pada beberapa minggu lalu.
Jelas Abby menerusi sesi podcast GVV Studio yang dikendalikan Datin Rebecca Nur Al-Islam, dia tidak mampu membuat apa-apa namun percaya anaknya dalam keadaan selamat dan mampu hidup berdikari.
"Dia (Marissa) melarikan diri, dia menghilangkan diri.
"Tapi saya tahu dia selamat dekat luar. Itu saya kata, dia rasa dia dah mampu berdiri atas kaki sendiri. Saya serah kepada Allah SWT.
"Saya rasa saya tak mampu nak buat apa-apa untuk ubah apa yang dia buat sekarang. Cuma saya mengharapkan yang terbaik buat dia. Kalau rasa perlukan mama, baliklah," ujarnya.
Kisah Marissa Dania terus menjadi bualan apabila muncul menerusi sesi fotografi bersama Aslam untuk sebuah butik pakaian raya.

BERITA TRENDING: Misya Tak Shoot Sekali Dengan Aslam & Marissa, Ini Situasi Sebenar Yang Berlaku!

BERITA TRENDING: Marissa Dania Tampil Jadi Model Baju Raya Bersama Aslam, Siap Manja-Manja Pakaikan Butang Baju Melayu…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live