Viral
"Kalau Saya Post Poster Di Media Sosial, Pasti Takkan Kosong" - Salah Siapa Bila Show Asad Motawh Sendu?
Kami ada kontrak dan tak boleh langgar sewenang-wenangnya," itu alasan Asad Motawh apabila ditanya punca tiada penonton ketika persembahannya di sebuah universiti baru-baru ini.
Tambah Asad lagi, wujud perbezaan antara penganjur yang membayarnya untuk hanya membuat persembahan dan penganjur yang membayarnya sekali dengan promosi.
"Ada beza antara penganjur acara yang membayar untuk saya membuat persembahan semata-mata.
"Ada juga penganjur yang membayar saya untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa saya akan muncul membuat persembahan.
"Saya tiada kena-mengena dengan perjanjian yang dibuat bersama pengurusan.
"Apabila anda melihat saya memuat naik poster di media sosial, anda patut datang. Ia tak akan jadi kosong," tulisnya penuh yakin.
Tambahnya lagi, kuasa untuk mempromosi persembahan seseorang artis perlu melalui proses tertentu bersama pengurusan.
Baru-baru ini tular beberapa keping foto di Twitter keadaan lengang ketika penyanyi lagu Senyum itu membuat persembahan di pentas.
"Asad Motawh literally performed in front of an empty crowd at MMU lmao. Nasib baik tak stage dive kalau tak nanti nearly died," tulis pengguna berkenaan yang turut mengaitkan insiden tular di Sabah baru-baru ini.
Must-Watch Video